Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

T4 Lapangan Terbang Changi dibuka semula pada September

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Jun 2022 05:19PM Dikemas Kini : 10 Jun 2022 09:05PM

SINGAPURA: Terminal 4 (T4) Lapangan Terbang Changi dijangka dibuka semula pada September tahun ini, umum Changi Airport Group (CAG) hari ini (10 Jun).

Operasi di T4 digantung pada Mei 2020 disebabkan perjalanan udara yang semakin berkurangan dek pandemik COVID-19. Sebulan sebelum itu, operasi di Terminal 2 juga digantung untuk membolehkan kerja-kerja naik taraf.

Sayap selatan Terminal 2 (T2) di dewan perlepasan juga akan kembali beroperasi menjelang Oktober tahun ini. 

Ini akan membolehkan Lapangan Terbang Changi memenuhi pemulihan sepenuhnya trafik penumpang seperti sebelum COVID-19 ketika musim sejuk utara yang bermula pada 30 Oktober, menurut CAG.

PEMULIHAN PERJALANAN UDARA

Apabila Terminal 4 dibuka semula pada September, ia akan mengendalikan penerbangan yang berlepas dan tiba di negara ini, menurut CAG dalam kenyataan media mereka. 

"Usaha pendampingan dengan syarikat penerbangan, rakan-rakan kongsi lapangan terbang dan bakal penyewa sudah dimulakan sebagai persediaan untuk menerima kedua-dua penerbangan,” tambah CAG. 

Kerja-kerja peluasan dan naik taraf di sayap utara Terminal 2 yang memulakan operasi ketibaan pada Mei tahun ini akan diteruskan. 

Operasi untuk penerbangan berlepas di sayap selatan pula akan dimulakan.

Para penumpang yang tiba di Terminal 2 boleh menantikan pembukaan kedai baru oleh The Shilla Duty Free dan Lotte Duty Free masing-masing pada bulan Ogos dan September. 

Di dewan ketibaan, kelompok sehingga empat konsep makanan dan minuman akan dibuka pada Oktober.

Butiran mengenai syarikat penerbangan yang akan beroperasi di T2 akan diumumkan kemudian.

Sejak sekatan perjalanan dilonggarkan pada 1 April tahun ini, trafik penumpang di Lapangan Terbang Changi semakin "pulih dengan kukuh", menurut CAG. 

Minggu pertama Jun 2022 menyaksikan trafik penumpang mencapai 48 peratus seperti tahap sebelum COVID-19 berbanding minggu pertama Jun 2019.

"Ruang kapasiti tambahan yang ditawarkan oleh T4 dan T2 akan meletakkan Lapangan Terbang Changi dalam kedudukan yang baik untuk pulih semula dan 
menyokong keperluan perniagaan dan operasi syarikat penerbangan," kata ketua pegawai eksekutif CAG, Encik Lee Seow Hiang.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan