Syukuri nikmat ibadah dengan tenang dan keamanan di SG: Mufti
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mufti Negara, Dr Nazirudin Mohd Nasir mengingatkan masyarakat Islam setempat untuk mensyukuri keamanan dan ketenangan yang dinikmati di Singapura, terutama ketika sebahagian umat Islam di belahan lain dunia berdepan kesukaran untuk beribadah.
Beliau menyampaikan tazkirah tersebut sempena sambutan Nuzul Quran bertajuk “Menghidupkan Ramadan dengan Jiwa Al-Quran” di Masjid Darul Ghufran pada Jumaat (6 Mac).
“Pada saat ini juga banyak umat Islam yang bukanya tak tenang yang sahurnya tak tenang. Yang solatnya tak tenang yang tarawih tak tenang. Yang tidurnya tak tenang tapi kita solat kita tenang dengan penuh ketenangan,” kata Dr Nazirudin.
Sempena Nuzul Quran itu juga, beliau menyeru masyarakat untuk memperbaiki hubungan dengan kitab suci itu iaitu dengan membaca, memahami dan mengamalkannya.
Beliau menambah bahawa Al-Quran bukan sekadar kitab bacaan tetapi merupakan sumber petunjuk bagi kehidupan manusia.
DOAKAN BUAT JEMAAH UMRAH & PENUNTUT DI TIMUR TENGAH
Dalam majlis yang sama, Timbalan Mufti, Dr Izal Mustafa Kamar memimpin doa khas memohon agar keamanan dikurniakan kepada seluruh umat manusia.
Doa tersebut turut ditujukan kepada jemaah yang sedang menunaikan ibadah umrah serta para pelajar yang menuntut ilmu di Timur Tengah agar sentiasa berada dalam perlindungan dan kesejahteraan.
Acara tazkirah Nuzul Quran itu merupakan antara program tahunan yang menghimpunkan masyarakat bagi memperingati peristiwa turunnya Al-Quran serta menggalakkan penghayatan ajarannya dalam kehidupan seharian.
Majlis itu turut dihadiri Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Negara Kanan di Kementerian Ehwal Dalam Negeri, Faishal Ibrahim dan disertai sekitar 1,000 jemaah.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.