Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sylvia Lim 'tidak mahu teruskan' tindakan polis tentang kemungkinan telefon digodam

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Feb 2022 05:08PM Dikemas Kini : 24 Feb 2022 09:50PM

SINGAPURA: Pengerusi Parti Pekerja(WP) Sylvia Lim berkata beliau "tidak mahu meneruskan" tindakan polis tentang amaran ancaman yang beliau terima melalui telefon Applenya, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Khamis (24 Feb).

Cik Lim mengadakan pertemuan dengan SPF pada Rabu (23 Feb) "mengenai pemberitahuan yang kelihatan serupa dengan apa yang dihantar oleh Apple kepada pelbagai pengguna lain telefon Apple", kata polis.

Semasa pertemuan itu, Cik Lim memaklumkan kepada pegawai polis beliau "berpuas hati" dengan jawapan Menteri Dalam Negeri K Shanmugam terhadap pertanyaannya di Parlimen pada 18 Februari.

"Oleh itu, beliau tidak membuat laporan polis, dan tidak memerlukan sebarang pemeriksaan forensik pada telefonnya," tambah SPF.

"Maka itu, polis akan menganggap perkara tersebut sebagai sudah selesai."

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan