Sylvia Lim, Low Thia Kang didapati bertanggungjawab atas kecuaian proses pembayaran AHTC
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mahkamah Rayuan mendapati ketua Parti Pekerja (WP) Sylvia Lim dan mantan setiausaha agung parti itu Low Thia Kang bertanggungjawab atas kecuaian proses pembayaran Majlis Bandaran Aljunied-Hougang(AHTC).
Ketua WP Pritam Singh tidak dipertanggunjawabkan.
Demikian kemas kini terbaru mengenai perbicaraan sivil yang sudah lama berlangsung atas dakwaan penyalahgunaan dana majlis bandaran berjumlah S$33.7 juta oleh pemimpin-pemimpin WP serta anggota majlis bandaran yang bertugas dengan AHTC ketika itu.

Selain dapatan baru itu yang dikeluarkan pada Jumaat (7 Julai), Mahkamah Tinggi mengesahkan lagi bahawa para anggota majlis bandaran itu dan kakitangannya bertanggunjawab kepada Majlis Bandaran Sengkang atas kecuaian membenarkan kegagalan pengurusan untuk wujud dalam sistemnya.
Mahkamah juga menetapkan bahawa Cik Lim bertanggungjawab kepada Majlis Bandaran Sengkang atas kecuaian sehingga menyebabkan AHTC menganugerahkan kontrak baru kepada Red-Power Electrical Engineering.
Ini selepas Cik Lim gagal untuk membuktikan beliau bertindak dengan niat yang baik dengan memilih untuk tidak memperbaharui kontrak sedia ada pada harga lebih murah.
Mahkamah Rayuan mengubah semua dapatan lain oleh hakim perbicaraan, yang sebelum ini mendapati bahawa ketiga-tiga pemimpin WP bertanggungjawab dan menyebabkan "keraguan serius" terhadap kejujuran mereka.
Dapatan terbaru tersebut bermakna di antara pemimpin WP yang terlibat dalam perbicaraan itu, Cik Lim dan Encik Low mungkin harus membayar ganti rugi - jumlah yang tepat hanya dapat ditentukan selepas perbicaraan selanjutnya.
Dalam keputusan yang dikeluarkan pada Jumaat, Ketua Hakim Sundaresh Manon berkata mahkamah mendapati Cik Lim dan Encik Low bertanggungjawab kepada AHTC atas kecuaian membenarkan kegagalan pengurusan untuk berterusan dalam proses pembayaran majlis bandaran.
Individu lain yang didapati bertanggungjawab atas kecuaian adalah pengarah pengurusan ejen Cik How Weng Fan dan mendiang suaminya Danny Low. Mereka adalah "pihak yang bercanggah kepentingan" yang berminat dalam kedua-dua AHTC dan ejen pengurusan FMSS, iaitu sebuah syarikat penyedia khidmat yang dilantik AHTC untuk membantu menguruskan operasi harian di kawasan itu.
Bekas anggota AHTC Encik Chua Zih Hon dan Encik Kenneth Foo, serta Encik Sing, dibebaskan daripada kes berhubung proses pembayaran berdasarkan aspek undang-undang.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.