Syed Mohamed Ali antara 35 individu & majikan terima Anugerah SkillsFuture SG tahun ini
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Syed Mohamed Ali Syed Hassan, 53 tahun, memulakan kerjayanya 30 tahun yang lalu sebagai Pakar Peralatan Kontena di syarikat PSA Corporation Limited.
Sepanjang kerjayanya, beliau telah merebut pelbagai peluang untuk meningkatkan diri dan terlibat dalam transformasi bagi memastikan syarikat itu terus berkembang.
Ini termasuk peralihan dari operasi kren yard yang manual kepada kren quay separa automatik yang lebih kompleks.
Encik Ali percaya bahawa adalah penting untuk sentiasa memperluas pengetahuan dan memperkasakan kemahiran dalam bidang teknologi baharu.
Beliau juga menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan melatih pakar kontena lain untuk menggunakan teknologi terkini di Pelabuhan Tuas.
Menurutnya, antara cabaran yang sering dihadapi oleh pekerja adalah kurangnya sokongan untuk meningkatkan diri dan kemahiran mereka.
ANTARA 13 PENERIMA ANUGERAH BIASISWA SKILLSFUTURE
Encik Ali merupakan salah seorang daripada 13 penerima Anugerah Biasiswa SkillsFuture bagi tahun ini.
Beliau menerima anugerah tersebut di majlis penyampaian Anugerah SkillsFuture Singapore pada Isnin (4 Nov).
Anugerah disampaikan oleh Presiden Tharman Shanmugaratnam sebagai pengiktirafan terhadap komitmen mereka terhadap pembelajaran sepanjang hayat.
"Saya sangat berbesar hati menerima Anugerah Biasiswa SkillsFuture ini. Saya berharap, dengan menerima anugerah ini, ia dapat memberikan semangat kepada rakan-rakan saya untuk berusaha meningkatkan diri jika diberi peluang," kata Encik Ali.
Namun, beliau menegaskan bahawa beliau akan terus berusaha untuk mempertingkatkan diri selagi mampu, terutama selepas bersiap sedia untuk menggalas tanggungjawab baharu sebagai Penolong Eksekutif Operasi 1.
Encik Ali juga berkongsi bahawa beliau tidak sabar untuk memperoleh kemahiran baharu seperti tentang pemikiran sistem (Systems Thinking)
"Selepas ini, saya perlu mempertingkatkan lagi diri saya dengan mendaftar kursus-kursus yang perlu saya lengkapkan diri saya. Semoga saya boleh melaksanakan tugasan baharu yang perlu saya hadapi.
Beliau berharap boleh menjadi peran contoh yang baik buat rakan-rakan seperjuangan dan keluarganya.
Harapan saya adalah menjadi contoh buat rakan rakan dan anak anak saya yang kita harus cuba memperluaskan pelajaran dan kita harus cuba bidang bidang baru. Peluang itu ada, hanya kita perlu berusaha. Jika kita perlu menjadi bertambah baik," kata Encik Ali.
Dalam majlis yang sama, seramai 22 majikan turut diiktiraf atas sokongan mereka terhadap wawasan negara, termasuk inisiatif SkillsFuture, serta pelaburan besar dalam membantu pekerja menimba kemahiran.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.