Syarikat ubah elok didenda; kelemahan keselamatan 'timbulkan bahaya' kepada pekerja
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Kementerian Tenaga Manusia)
SINGAPURA: Sebuah syarikat ubah elok didenda dan diarahkan untuk menghentikan operasinya di sebuah rumah kedai dua tingkat disebabkan kelemahan keselamatan. Pihak berkuasa menyatakan ia "menimbulkan bahaya" kepada pekerjanya sendiri.
Sebagai contoh, pekerja yang bertugas di bumbung tidak memakai sebarang alat keselamatan atau tiada penghadang dipasang untuk mengelakkan mereka daripada terjatuh.
Demikian menurut kenyataan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Rabu (28 Jun).
Kementerian itu menyatakan ia mendenda syarikat J & C Renovation Enterprise S$8,000 dan mengeluarkan arahan berhenti bekerja selepas menyaksikan beberapa kesilapan keselamatan di rumah kedai di Eng Kong Terrace, Bukit Timah, semasa pemeriksaan dijalankan pada 8 Jun.
MOM menerima maklum balas daripada orang awam berhubung kerja-kerja yang dilakukan di bumbung rumah kedai itu.
"Selain tindakan dan keadaan yang tidak selamat di tapak pekerjaan, pengurusan aktiviti-aktiviti kerja tidak dijalankan dengan betul," tambah kementerian itu,
Dokumen-dokumen penting tentang penilaian risiko, prosedur menjalankan pekerjaan dengan selamat dan perancangan bagi mengelakkan pekerja terjatuh, antara lain, tidak disediakan, menurut MOM.
Encik Sebastian Tan, pengarah inspektorat keselamatan dan kesihatan pekerja MOM berkata daripada pemeriksaan yang dijalankan, ia jelas bahawa keselamatan para pekerja "bukan keutamaan" bagi J & C Renovation Enterprise.

Sumber : Today/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.