Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Syarikat tempatan CCL Impex didenda S$3,600; import secara haram 900kg sayur, makanan proses

Syarikat tempatan CCL Impex didenda S$3,600 pada Rabu (7 Okt) kerana mengimport secara haram sayur-sayuran segar dan makanan yang sudah diproses.

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat tempatan CCL Impex didenda S$3,600; import secara haram 900kg sayur, makanan proses

(Gambar: SFA)

Diterbitkan : 08 Oct 2020 09:31AM Dikemas Kini : 08 Oct 2020 09:32AM

SINGAPURA: Syarikat tempatan CCL Impex didenda S$3,600 pada Rabu (7 Okt) kerana mengimport secara haram sayur-sayuran segar dan makanan yang sudah diproses.

Pada September 2019, para pegawai daripada Agensi Makanan Singapura (SFA) menemui sekitar 387.5 kilogram buah-buahan dan sayur-sayuran segar yang tidak diisytiharkan dengan betul atau diisytiharkan pada jumlah lebih rendah dan sekitar 506.7 kilogram makanan sudah diproses yang tidak diisytiharkan dan tidak diisytiharkan dengan betul bagi beberapa muatan yang diimport dari Malaysia.

Kesemua muatan haram itu dirampas, menurut SFA dalam kenyataan medianya.

Sayur-sayuran yang diimport secara haram tidak diketahui sumbernya dan boleh menimbulkan risiko terhadap keselamatan makanan jika racun perosak digunakan secara keterlaluan atau tidak terkawal, menurut SFA.

"Pengambilan sisa racun perosak yang berlebihan dalam jangka panjang menerusi pemakanan sayur-sayuran yang disembur racun perosak secara berlebihan boleh menyebabkan kesan yang memudaratkan pada kesihatan," menurut SFA.

"Di Singapura, makanan diimport perlu memenuhi peraturan SFA dan piawai keselamatan makanan. Makanan hanya boleh diimport oleh para pengimport yang berlesen dan setiap muatan perlu diisytiharkan dan diiringi dengan permit import yang sah."

Sesiapa yang didapati bersalah kerana mengimport buah-buahan dan sayur-sayuran segar secara haram boleh dikenakan denda sehingga S$10,000, hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Jika didapati bersalah kerana mengimport secara haram makanan yang diproses, para pesalah boleh dikenakan denda sehingga S$1,000 dan bagi kesalahan seterusnya pula, hukuman denda tidak melebihi S$2,000.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan