Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Syarikat tempatan boleh uji cuba dron bagi kegunaan komersial jelang akhir tahun ini

Syarikat-syarikat kini boleh melakukan uji cuba dron-dron mereka bagi kegunaan komersial dalam bangunan menjelang akhir tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Apr 2019 08:45PM Dikemas Kini : 09 Apr 2019 10:28PM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat kini boleh melakukan uji cuba dron-dron mereka bagi kegunaan komersial dalam bangunan menjelang akhir tahun ini.

Tapak-tapak uji bagi dron yang sebesar dua unit kilang akan dibangunkan di Taman Aerospace Seletar di bawah satu insiatif oleh JTC dengan Persatuan Industri Aeroangkasa Singapura.

Dewasa ini, dron-dron semakin digunakan di dalam bangunan seperti di dalam gudang untuk menguruskan stok dan memantau pakej-pakej.

Selain itu, ia juga digunakan untuk menghasilkan model 3D di tapak-tapak binaan dan bagi kerja-kerja pemeriksaan di terowong-terowong keretapi.

Dron-dron bersaiz besar pula mungkin sulit untuk dikendalikan di dalam terowong lebih kecil.

Namun dengan adanya ruang uji cuba dalam sekitaran tertutup, isu-isu tersebut dapat diatasi.

Selain daripada hambatan pada ruang, dron-dron itu juga menghadapi cabaran dari segi sambungan rangkaian GPS.

Menurut JTC, butiran pelaksanaan bagi ruang uji cuba dalam bangunan masih dijalankan.

Tempat uji cuba dron itu boleh disesuaikan bagi menghasilkan sekitaran dalam bangunan yang berbeza.

Selain itu, syarikat-syarikat pula boleh menjimatkan kos kerana tidak perlu menyewa ruang di kawasan lain.

Secara umumnya, pihak berkuasa mengakui manfaat penggunaan dron tetapi menegaskan bahawa risikonya tetap ada.

Sumber : CNA/HA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan