Syarikat tempatan akan pasang 4,000 tempat cas kenderaan elektrik di 1,200 kondominium
Sebuah syarikat tempatan yang merancang untuk memasang 10,000 tempat pengecas kenderaan elektrik (EV) di merata Singapura mengumumkan pada Rabu (27 Jan) bahawa sekitar 4,000 stesen pengecas itu akan dipasang di sekuang-kurangnya 1,200 kondominium.

(Gambar: Charge+)
SINGAPURA: Sebuah syarikat tempatan yang merancang untuk memasang 10,000 tempat pengecas kenderaan elektrik (EV) di merata Singapura mengumumkan pada Rabu (27 Jan) bahawa sekitar 4,000 stesen pengecas itu akan dipasang di sekuang-kurangnya 1,200 kondominium.
Memberi sebab "permintaan tinggi yang tidak dipenuhi" dalam pasaran kondominium, Charge+ akan memasang, mengendalikan dan melabur dalam stesen-stesen pengecas di kondominium, yang sejauh ini keberatan untuk "melakukan pelaburan tinggi sedemikian" bagi tempat-tempat pengecas EV, menurut syarikat itu.
Charge+ juga mengumumkan kerjasama pertama bersama kondominium Sky@Eleven, yang terletak di Thomson Road, dengan enam tempat pengecas bakal dipasang di premis itu.
"Model pencetus perubahan ini menarik minat yang tinggi dari banyak kondominium kerana perbelanjaan modal pendahuluan, perbelanjaan operasi dan risikonya ditanggung oleh Charge+," menurut syarikat itu.
Para pemandu EV yang menggunakan tempat pengecas Charge+ akan membayar yuran bulanan tetap dalam bentuk langganan, yang pertama seumpamanya bagi khidmat pengecas EV di Singapura. Menurut Charge+, yuran bulanan itu adalah kira-kira separuh daripada kos perbelanjaan minyak oleh para pemandu kereta konvensional setiap bulan.
Syarikat itu menyatakan teknologi itu akan "menyokong matlamat Singapura untuk menggantikan penggunaan kenderaan menggunakan enjin pembakaran dalaman kepada kenderaan 100 peratus mesra alam secara bertahap-tahap menjelang 2040".
Ketua pegawai eksekutif Charge+ Goh Chee Kiong berkata beliau "gembira melihat minat yang sangat tinggi terhadap EV dalam kalangan ramai penduduk kondominium", yang mana sebahagian besar daripadanya berasa terhambat kerana kekurangan infrastruktur pengecas berdekatan rumah mereka.
"Charge+ percaya bahawa model perniagaan perintis Mengecas-sebagai-satu-khidmat akan merapatkan jurang penting dalam segmen kondominium dan menyumbang kepada wawasan Singapura untuk menghentikan penggunaan kenderaan konvensional," kata Encik Goh.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.