Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Syarikat telekung terkenal Siti Khadijah tebar sayap ke SG; buka butik pertama di Arab Street

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat telekung terkenal Siti Khadijah tebar sayap ke SG; buka butik pertama di Arab Street

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 31 Jul 2023 11:55PM Dikemas Kini : 01 Aug 2023 02:54PM
SINGAPURA: Kumpulan Siti Khadijah, syarikat Malaysia yang mengeluarkan telekung serta barangan gaya hidup seharian mengembangkan operasi perniagaannya ke Singapura, iaitu negara ketiga selepas Malaysia dan Indonesia. 

Dalam satu kenyataannya, pihaknya sudah membuka butik di Arab Street pada Sabtu (29 Jul).

Siti Khadijah berkembang menjadi jenama nasional terkemuka sambil merintis pasaran khusus untuk telekung di Malaysia dengan pembukaan lebih daripada 49 butik di Malaysia, tiga butik di Indonesia dan satu di Singapura, katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Mohammad Munzir Aminuddin berkata jenama itu berhasrat untuk mendekatkan produk ini kepada rakyat Singapura serta menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara tersebut.

Diasaskan pada 2009 oleh Padzilah Enda Sulaiman, Siti Khadijah menumpukan kepada penghasilan pakaian solat yang inovatif dengan reka bentuk muka yang dicipta oleh jenama itu sendiri.

Menurut kenyataan itu, Siti Khadijah akan memberi tumpuan untuk meningkatkan perniagaan dan pertumbuhannya terutamanya di pasaran antarabangsa, bukan sahaja di rantau Asia Tenggara, malah di seluruh dunia.

“Pasaran yang semakin berkembang dan kesesuaian jenama yang kukuh menyediakan asas baik untuk Siti Khadijah mempertingkat pertumbuhan 'omnichannel' atau semua saluran di seluruh dunia,” katanya.

Selain telekung, jenama itu turut mengeluarkan antaranya pakaian lelaki dan wanita, hijab, sejadah dan bag yang boleh didapati di butik yang baru dibuka di Singapura.

Sepanjang tempoh pelancaran, pelanggan Siti Khadijah Singapura boleh menikmati baucar bernilai S$20 dengan perbelanjaan minimum S$100 dalam satu resit di butik tersebut.
Sumber : Bernama/IM/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan