Syarikat teksi serap kenaikan harga bahan api, ringankan beban pemandu susuli perang Timur Tengah
Beberapa syarikat teksi akan menyerap sebahagian daripada kenaikan harga bahan api baru-baru ini bagi mengurangkan kesannya terhadap pemandu, sedang perang di Timur Tengah mendorong kenaikan harga minyak global.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Beberapa syarikat teksi akan menyerap sebahagian daripada kenaikan harga bahan api baru-baru ini bagi mengurangkan kesannya terhadap pemandu, sedang perang di Timur Tengah mendorong kenaikan harga minyak global.
Pengendali teksi terbesar Singapura, ComfortDelGro, menyatakan ia akan menampung sebahagian daripada kos bahan api yang lebih tinggi itu, selepas ia akur dengan “tekanan langsung” yang ditanggung pemandu ke atas mata pencarian mereka.
“Melalui kerjasama dengan Persatuan Teksi Nasional bagi mengurangkan tekanan kewangan pemandu, kami akan menyerap sebahagian daripada peningkatan kos bahan api di stesen minyak kami serta menyediakan subsidi bahan api yang disasarkan sebagai sebahagian daripada komitmen lebih luas terhadap kebajikan pemandu dan kestabilan operasi dalam tempoh yang tidak menentu ini,” kata ketua perniagaan mobiliti dari tempat ke tempat syarikat itu di Singapura, Michael Huang.
Syarikat tersebut menyatakan bahawa setakat pagi Khamis (5 Mac), harga petrolnya ialah S$1.93 seliter, iaitu 34 peratus lebih rendah berbanding harga runcit.
Harga dieselnya pula ialah S$1.41 seliter dan pada kadar 48 peratus lebih rendah berbanding harga runcit.
Satu lagi pengendali teksi, Trans-Cab, juga komited untuk menyerap sebahagian daripada kenaikan harga bahan api bagi membantu mengurangkan tekanan kos segera yang dihadapi pemandu.
“Kami sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi para pemandu kami dan akan terus menilai keadaan dengan teliti,” kata syarikat itu, sambil menambah bahawa ia sedang memantau rapat perkembangan di Timur Tengah serta potensi kesannya terhadap harga bahan api.
Menurut laman pasaran kereta online Motorist, harga bagi petrol 95 oktana di Singapura pada Khamis berada dalam lingkungan S$2.91 hingga S$2.97 seliter. Ia berharga antara S$2.87 hingga S$2.88 seliter pada 23 Februari, sebelum perang di Timur Tengah bermula.
Begitu juga dengan harga diesel yang meningkat dalam tempoh yang sama – daripada S$2.57 hingga S$2.66 seliter kepada antara S$2.61 hingga S$2.78 seliter.
Pengendali khidmat kereta sewa privet Grab dan Ryde pula menyatakan kedua-dua syarikat mempunyai langkah untuk membantu pemandu menguruskan kos.
Seorang jurucakap Grab berkata syarikat itu menyediakan diskaun bahan api eksklusif menerusi kerjasama dengan Caltex, Shell dan Sinopec.
“Kami akan terus memantau keadaan dengan teliti dan sedang berinteraksi dengan kesatuan serta rakan industri untuk meneroka cara tambahan bagi memberikan sokongan,” kata jurucakap tersebut.
Ryde pula menyatakan ia akan terus menyokong pemandu dan rakan kerjasamanya melalui model komisen sifar peratus bagi pemandu sepenuh masa.
“Ini membolehkan para pemandu menyimpan sepenuhnya tambang daripada perjalanan yang diselesaikan, sekali gus membantu mereka menguruskan kos operasi dengan lebih baik, termasuk turun naik harga bahan api,” kata Ryde.
Syarikat itu menyatakan ia mengekalkan struktur bonus dan insentif yang telus, di mana pemandu boleh melihat dengan jelas syarat-syarat serta ganjaran apabila melengkapkan perjalanan menerusi platform tersebut.
“Ini memberikan pemandu kepastian yang lebih besar terhadap pendapatan mereka serta peluang untuk meraih insentif tambahan,” tambah Ryde.
Ketegangan di Teluk meruncing sejak Amerika Syarikat dan Israel melancarkan perang terhadap Iran pada 28 Februari.
Iran pada Rabu mendakwa ia mempunyai “kawalan penuh” ke atas Selat Hormuz dan memberi amaran kepada kapal supaya tidak melakukan percubaan untuk melaluinya.
Selat tersebut merupakan laluan tenaga global yang penting, dengan kira-kira satu perlima daripada minyak dunia melalui kawasan tersebut setiap hari.
Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) Singapura menyatakan pada Rabu bahawa konflik tersebut berkemungkinan menaikkan harga tenaga global dan seterusnya tarif elektrik di negara ini.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.