Syarikat teksi lanjutkan caj tambahan S$3 dari Lapangan Terbang Changi hingga akhir tahun ini
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Grace Yeoh/CNA)
SINGAPURA: Sekurang-kurangnya empat syarikat teksi menyatakan akan melanjutkan hingga akhir tahun ini, caj tambahan bagi perjalanan dari Lapangan Terbang Changi.
Caj bagi perjalanan teksi dari Lapangan Terbang Changi dinaikkan sebanyak S$3 pada 19 Mei dengan langkah itu sepatutnya berakhir 30 Jun, menurut lapangan terbang tersebut ketika itu.

Bagaimanapun, Strides Taxi mengumumkan dalam satu catatan Facebook pada Khamis (23 Jun) bahawa caj tambahan sementara itu akan dilanjutkan hingga 31 Disember 2022.
ComfortDelGro Taxi mengumumkan perkara yang sama pada Jumaat (24 Jun).
Prime Taxi pula mengumumkan tarikh lanjutan itu dalam satu notis di akhbar The Business Times manakala Premier Taxis di laman webnya.
Dengan kenaikan tersebut, caj perjalanan teksi bermula pukul 5.00 petang hingga 11.59 malam setiap hari adalah S$8 manakala caj untuk masa yang lain adalah S$6.
Caj tambahan itu diperkenalkan untuk "memastikan bekalan teksi yang lebih baik" untuk pelanggan di lapangan terbang, menurut Lapangan Terbang Changi dalam catatan Facebook mereka bulan lalu.
Menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), tambang teksi di Singapura ditentukan secara bebas syarikat teksi.
Perubahan tambang teksi harus dibuat terlebih dahulu dengan Majlis Pengangkutan Awam (PTC).
Penumpang harus dimaklumkan mengenai perubahan tersebut sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum ia dilaksanakan.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.