Syarikat teknologi pendidikan SG tebar sayap ke AS
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Syarikat-syarikat teknologi pendidikan global menarik pelaburan hampir AS$48 bilion (S$64 bilion) sejak pandemik melanda pada 2020.
Jumlah itu sekitar AS$15 bilion (S$20 bilion) lebih banyak berbanding tempoh sedekad sebelumnya.
Ia adalah segmen teknologi paling pesat berkembang di dunia dan dianggap sebagai "fintek seterusnya" oleh para pengamat pasaran.
Demi mengembangkan lagi perniagaan mereka, syarikat-syarikat teknologi pendidikan Singapura kini mula menyerantau ke Amerika Syarikat pula.
Syarikat Ottodot mencipta permainan di platform online, Roblox, berdasarkan sukatan pelajaran sains Singapura.
Kini, firma "edutek" ini giat mencari pelabur Silicon Valley untuk membawa sistem pendidikan Singapura itu ke Amerika Syarikat.
Ottodot yakin dapat berkembang di Amerika sedang tanggapan terhadap permainan berubah di merata dunia.
"Kami lihat secara perlahan-lahan perbincangan beralih daripada 'patutkah kita benarkan anak-anak kita bermain dengan 'games'?' kepada jenis permainan mana mana yang patut kita benarkan anak-anak kita main?'
"Kini kepada 'baik, permainan ini bagus. Boleh anda juga bantu mereka belajar di sekolah?' Jadi saya rasa garisan antara hiburan dan pendidikan semakin kabur," kata Lei Wong Lei, Pengasas Bersama Ottodot.
Sebuah lagi syarikat Singapura yang mahu bertapak dan mencipta nama di Amerika ialah Smobler Studios, iaitu agensi berbilang media bagi Metaverse.
Smobler Studios mahu menganjurkan kelas bagi golongan wanita muda yang merasakan mereka tidak mempunyai peluang profesional sama seperti lelaki.
Firma-firma ini sedang bekerjasama dengan Enterprise Singapore untuk mencari lebih ramai rakan kongsi di Amerika.
Melalui kerjasama sebegitu juga, para pelabur akan mempunyai idea lebih jelas apa yang boleh ditawarkan firma-firma Singapura.

Sumber : CNA/RU/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.