Syarikat-syarikat lebih optimistik iklim perniagaan ASEAN berbanding global
Syarikat-syarikat lebih optimistik tentang iklim perniagaan di ASEAN berbanding tahap global.
SINGAPURA: Syarikat-syarikat lebih optimistik tentang iklim perniagaan di ASEAN berbanding tahap global.
Ini menurut Tinjauan Perniagaan Nasional yang dijalankan Yayasan Perniagaan Singapura.
Menurut para penganalisis, faktor-faktor ekonomi makro dan penggunaan domestik membantu memacu pertumbuhan di ASEAN.
Ini walaupun pertumbuhan di China dijangka perlahan sedang ia terus mengimbangi pertumbuhan domestik dan luar negara.
Dan sungguhpun sentimen-sentimen dasar perlindungan kekal kukuh, pakar ekonomi berkata SME Singapura boleh memanfaatkan peluang di rantau ini.
Perusahaan-perusahaan yang ditemui menyatakan mereka bersedia akan ketidaktentuan itu dan untuk memanfaatkan peluang yang ada.
Ini kerana negara-negara di rantau Asia Tenggara sedang berkembang dan terdapat banyak peluang yang tersedia.
Bank Dunia menjangkakan Asia Timur dan Pasifik akan tumbuh sebanyak 6 peratus tahun ini, menjadikannya antara rantau yang paling pesat membangun di dunia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.