Syarikat swasta guna nombor NRIC sebagai pengesahan, kata laluan perlu hentikan secepat mungkin: Josephine Teo
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail: Jeremy Long
SINGAPURA: Pertubuhan sektor swasta yang menggunakan nombor kad pengenalan (NRIC) sebagai faktor pengesahan atau kata laluan perlu menghentikan amalan ini secepat mungkin, menurut Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital Josephine Teo pada Rabu (8 Jan).
Berucap semasa kenyataan menteri mengenai 51 soalan yang dikemukakan oleh Anggota Parlimen (MP) berhubung isu yang timbul pada Disember 2024, Cik Teo juga berkata bahawa pertubuhan sektor swasta yang kini mengumpul nombor NRIC separa untuk mengenal pasti individu boleh meneruskan amalan ini.
“Garis panduan untuk sektor swasta belum berubah dan kami hanya akan mempertimbangkan bagaimana ia perlu dikemas kini selepas berunding dengan orang raami,” tambahnya.
Pada bulan Disember, kebimbangan mengenai privasi timbul berhubung portal baharu Bizfile ACRA, yang memaparkan nama dan nombor penuh NRIC secara percuma melalui fungsi cariannya.
Pada 14 Disember, pemerintah menyatakan ia berhasrat untuk mengubah amalan menyorokkan nombor NRIC, tetapi portal baharu Bizfile dilancarkan sebelum rancangan tersebut diumumkan kepada orang ramai.
Beberapa hari kemudian, pemerintah memohon maaf kepada orang ramai atas kecemasan yang ditimbulkan oleh pendedahan NRIC tersebut, manakala Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ACRA berkata insiden itu disebabkan oleh kelemahan dalam penyelarasan.
Cik Teo sekali lagi memohon maaf di parlimen pada Rabu atas kesilapan yang menyebabkan “kebimbangan” kepada orang ramai, dan menekankan bahawa pemerintah memandang serius kebimbangan tersebut.
“Ia bukan niat kami untuk mendedahkan nombor penuh NRIC secara meluas, dan kami tidak menuju ke arah itu,” tambahnya.
Nombor NRIC adalah data peribadi, dan hanya boleh dikumpulkan apabila ada keperluan untuk berbuat demikian, tegasnya.
“Ini bermaksud pertubuhan yang mengumpul dan menggunakan nombor NRIC mesti terus melaksanakan tanggungjawab mereka dengan berhati-hati,” tambahnya.
Undang-undang menunjukkan bahawa pertubuhan mesti memberitahu dan mendapatkan persetujuan bagi penggunaan nombor NRIC, serta memastikan data itu dilindungi, kata Cik Teo, sambil menambah bahawa ini adalah garis panduan sedia ada yang tidak akan berubah.
Pertubuhan juga tidak seharusnya mendedahkan nombor NRIC kecuali ada “sebab yang munasabah” untuk berbuat demikian, tambahnya.
Terdapat beberapa “penggunaan yang salah” nombor NRIC buat masa ini dan pemerintah merancang untuk menghentikan isu ini sementara masalah ini “masih agak terkawal”, kata Cik Teo.
“Dengan berbuat demikian, kita dapat melindungi semua orang dengan lebih baik dan membolehkan kita menggunakan nombor NRIC dengan yakin,” tambahnya.
Individu yang telah menggunakan nombor NRIC mereka sebagai kata laluan harus menukarnya dengan segera, kata Cik Teo.
Ini akan memberikan perlindungan yang lebih baik terhadap mereka yang menggunakan nombor NRIC untuk mendapatkan akses kepada maklumat atau perkhidmatan, tambahnya.
Nombor NRIC adalah seperti nama individu – walaupun tidak didedahkan secara meluas, ia bukanlah rahsia, kata Cik Teo.
“Jika seseorang yang tidak kita kenali menyebut nama kita dan mula bertindak seolah-olah mereka mengenali kita dengan baik, kita akan sekurang-kurangnya sedikit curiga,” tambahnya.
Orang ramai juga tidak seharusnya mempercayai orang lain sepenuhnya hanya kerana mereka mengetahui nama mereka, dan inilah cara untuk menangani mereka yang mengetahui nombor NRIC mereka.
“Kita tidak seharusnya secara automatik menganggap mereka mengenali kita dengan baik atau merupakan tokoh yang berkuasa, atau boleh dipercayai. Kita perlu berhati-hati dalam mendedahkan lebih banyak tentang diri kita atau mengikut permintaan mereka, atau mengikuti arahan mereka tanpa memeriksa lebih lanjut.”
Jika individu berhenti menggunakan nombor NRIC sebagai kata laluan dan pertubuhan berhenti menggunakan nombor NRIC sebagai pengesah, ini akan “memberi banyak manfaat” dalam mencegah kerugian daripada penipuan dan kecurian identiti, kata menteri itu.
Ini akan memberikan individu “ketenangan fikiran yang lebih baik” untuk menggunakan nombor NRIC mereka apabila perlu, seperti ketika menerima rawatan perubatan atau memohon pekerjaan, tambahnya.
Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital bertujuan untuk memulakan perundingan dengan sektor swasta tidak lama lagi, dan mesyuarat awal menunjukkan bahawa terdapat “pendekatan yang berbeza”.
Pemerintah menyedari bahawa ia akan mengambil masa untuk agensi awam membuat perubahan kepada nombor NRIC yang disembunyikan, dan menjangkakan ia akan mengambil masa lebih lama untuk sektor swasta, kata menteri itu.
Pelan itu adalah untuk mengubah amalan dalaman pemerintah sebelum beralih kepada sektor swasta dan pertubuhan tidak meraih keuntungan, tambahnya, sambil menambah bahawa ini akan membolehkan agensi memahami lebih baik cabaran pelaksanaan.
“Kami juga merancang untuk melancarkan usaha besar untuk membantu rakyat Singapura menyedari risiko dan menyokong usaha untuk menghentikan amalan yang salah,” kata Cik Teo.
“Kejadian Bizfile adalah langkah yang malang, yang kini bermakna pelan ini perlu dipercepatkan.”

Sumber : CNA/IM/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.