Syarikat S'pura cari cara adakan aturan kerja fleksibel untuk tarik bakat
SINGAPURA: Syarikat-syarikat setempat sedang membangunkan cara-cara inovatif untuk melaksanakan aturan kerja fleksibel.
Perkara tersebut semakin penting, menurut syarikat-syarikat tersebut, untuk menarik tenaga kerja sedang pihak berkuasa merancang untuk mewajibkan para majikan menimbangkan permintaan aturan kerja fleksibel pekerja menjelang 2024.
Seorang pengamat menarik perhatian bahawa permintaan pencari kerja pasca pandemik sudah berubah.
Aturan kerja fleksibel adalah satu cara untuk menarik dan mengekalkan bakat bagi sesebuah syarikat.
Dengan melakukan demikian, perniagaan-perniagaan akan mempunyai tenaga kerja yang lebih luas dan pelbagai termasuk para penjaga dan pesara.
Ini penting bagi Singapura yang menyasarkan untuk meningkatkan kadar pekerja di sektor-sektor khusus seperti golongan wanita.
Buat masa ini, hanya 27 peratus pekerja di Singapura ada garis panduan tentang pelaksanaan aturan kerja fleksibel.
Sasaran itu akan dinaikkan kepada 40 peratus menjelang hujung tahun.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.