Syarikat SME sedia hadapi kos lebih tinggi ekoran cukai terbaharu Amerika
Syarikat-syarikat pengilangan kecil dan sederhana tempatan perlu bersiap sedia menghadapi kos lebih tinggi, selepas Presiden Amerika Donald mengumumkan tarif 10 peratus ke atas semua import dari Singapura.
Kos lebih tinggi itu terutama sekali bagi syarikat-syarikat dalam rantaian bekalan kenderaan dan semikonduktor.
Walaupun wujud risiko tersebut, Persekutuan Pengilangan Singapura (SMF) menyatakan mungkin terdapat syarikat yang mampu meraih manfaat.
"Terdapat ekonomi lain yang lebih teruk terjejas. Jadi sedikit sebanyak, ia berpotensi mewujudkan peluang kepada kita, atau sesetengah anggota dan pengilang kita untuk melihat potensi Singapura sebagai lokasi pembekal dengan kadar paling rendah dari segi tarif import yang dikenakan," kata Ketua Pegawai Eksekutif SMF Dennis Mark.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.