Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Syarikat SME kini lebih mudah, pantas failkan penyata cukai

Syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) kini lebih mudah dan cepat untuk memfailkan kenyataan cukai dengan menggunakan borang yang sudah dikemas kini.

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat SME kini lebih mudah, pantas failkan penyata cukai

Gambar fail pemandangan kaki langit Singapura. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 05 Nov 2020 04:17PM Dikemas Kini : 05 Nov 2020 04:33PM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) kini lebih mudah dan cepat untuk memfailkan kenyataan cukai dengan menggunakan borang yang sudah dikemas kini.

Cukai korporat juga boleh dibayar melalui kaedah PayNow.

Syarikat-syarikat dengan pendapatan tahunan sebanyak S$200,000 dan ke bawah, hanya perlu mengisi enam bahagian penting di borang baru itu - iaitu hanya satu pertiga daripada maklumat yang diperlukan sebelumnya.

Lain-lain kemudahan yang diperkemaskan oleh Lembaga Hasil Mahsul Negara atau IRAS, termasuk satu sofwe perakaunan bagi membantu syarikat-syarikat mengautomasikan akaun dan pengiraan cukai mereka.

Menjelang pertengahan tahun depan, semua notis IRAS akan bertukar ke wadah digital.

Perniagaan-perniagaan juga boleh menerima bayaran semula cukai melalui akaun-akaun Korporat PayNow yang dimiliki.

Syarikat-syarikat perlu memfailkan kenyataan cukai secara online menjelang 15 Disember ini.

Sumber : CNA/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan