Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Syarikat Singapura Reactor tawar khidmat pendidikan keusahawanan kepada lebih 200 institusi pendidikan merata dunia

Daripada hanya kurang 10 klien sewaktu mula-mula ditubuhkan pada 2012, syarikat Reactor kini sudah menawarkan khidmat mereka kepada lebih 200 institusi pendidikan.   

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Daripada hanya kurang 10 klien sewaktu mula-mula ditubuhkan pada 2012, syarikat Reactor kini sudah menawarkan khidmat mereka kepada lebih 200 institusi pendidikan.

Rangkaian pelanggannya juga sudah berkembang ke seluruh Asia Tenggara dan negara lain seperti Australia, Jepun dan Dubai.

Reactor mengendalikan bengkel-bengkel dan program keusahawanan serta inovasi bagi para belia.

(Gambar: Reactor)

(Gambar: Reactor)

Bagi pengasas bersama, Khairul Rusydi, setiap pelajar wajar dilengkapi dengan kemahiran keusahawanan.

"Kami bangga bahawa sebilangan bekas pelajar kami terus melancarkan syarikat teknologi mereka setelah menamatkan program kami," kongsi Encik Rusydi, 32 tahun.

"Saya berharap 'entrepreneurship' atau bidang keusahawanan akan menjadi lebih 'mainstream' (aliran utama) di Singapura dan di serantau ASEAN," tambah beliau.

LEBIH 9,000 BELIA SUDAH IKUTI PROGRAM REACTOR

(Gambar: Reactor)

(Gambar: Reactor)

Setakat ini, lebih 9,000 belia dari dalam dan luar negara sudah mengikuti program keusahawanan Reactor.

Menerusi program-program kendalian Reactor, Encik Rusydi berharap dapat membantu para pelajar untuk menangani ketidaktentuan dunia dan pada suatu hari nanti dapat mencipta pekerjaan mereka sendiri.

(Gambar: Reactor)

(Gambar: Reactor)

Bagi membantu institusi pendidikan membina kurikulum pendidikan keusahawanan, program-program Reactor dilakarkan dengan teliti, mengikuti permintaan para kliennya.

Selain itu, Encik Rusydi dan pasukannya juga sedang aktif menyokong 56 syarikat pemula niaga, dan 18 daripadanya merupakan syarikat antarabangsa.

Antara syarikat tersebut yang disokong oleh Reactor termasuk 'dateideas', satu aplikasi untuk membantu pasangan memikirkan tentang kegiatan yang bermakna buat mereka, serta 'Kinobi', satu laman untuk membantu pelajar mencari mentor kerjaya.

Syarikat Singapura Reactor menawarkan khidmat pendidikan keusahawanan kepada lebih 200 institusi pendidikan di merata dunia. (Gambar: Reactor) 

(Gambar: Reactor)

Sebelum ini, sumbangan Encik Rusydi kepada masyarakat melalui Reactor pernah diiktiraf Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam Ucapan Rapat Hari Kebangsaan.

Menurut Encik Rusydi yang juga memegang peranan selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Reactor membantu syarikat-syarikat ini mencari dana daripada para pelabur serta membina dan mengembangkan syarikat mereka di Singapura dan di luar negara.

Dalam usaha menebarkan sayapnya ke pasaran antarabangsa, Reactor mendapatkan khidmat wakil syarikat di beberapa negara.

"Kami kini mempunyai pekerja atau wakil syarikat di Vietnam, Thailand, Indonesia, Kemboja dan Hong Kong. Kami juga telah bekerjasama dengan sekolah-sekolah sejauh Dubai dan Australia," kata Encik Rusydi, yang merupakan anak sulung kepada dua orang adik.

INGIN BINA RANGKAIAN PELABURAN DAN INTAI PELUANG PERNIAGAAN DI AFRIKA

(Gambar: BERITAmediacorp/Nazirah Jamzuri) 

(Gambar: BERITAmediacorp/Nazirah Jamzuri)

Namun, perjalanan Reactor tidak terhenti di sini sahaja walaupun sudah menempa nama di persada antarabangsa.

Mereka kini mahu membina sebuah rangkaian pelaburan dan mengintai peluang perniagaan di Afrika pula.

"Reactor ingin bekerjasama dengan Universiti di rantau ini bermula dengan institusi di Ghana, Nigeria dan Rwanda. Kami juga telah melantik pekerja pertama kami di Afrika Barat," ujar Encik Rusydi.

Pasaran Afrika mahu diterokai mereka kerana ia merupakan sebuah pasaran membangun.

Dengan kecanggihan teknologi dan peluang yang tersedia luas kini, Encik Rusydi berharap para belia dapat memanfaatkan teknologi sebaik mungkin dan menubuhkan syarikat yang meninggalkan kesan positif buat masyarakat.    

Sumber : BERITA Mediacorp/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan