Skip to main content

Singapura

Syarikat SG, Tamil Nadu meterai MOU bernilai S$5 bilion

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat SG, Tamil Nadu meterai MOU bernilai S$5 bilion

Pusat bandar Singapura. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 08 Jan 2024 12:17PM
SINGAPURA: Syarikat-syarikat Singapura dan Tamil Nadu, India, bersetuju pelaburan terancang bernilai S$5 bilion pada Mesyuarat Pelabur Global Tamil Nadu yang diadakan di Chennai.

Pelaburan tersebut akan dilaksanakan selama beberapa tahun, umum Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dan Enterprise Singapore (EnterpriseSG) pada Ahad (7 Jan).

Memorandum Persefahaman (MOU) tersebut merangkumi sektor pertumbuhan tinggi seperti kemampanan dan infrastruktur, serta kerjasama dalam sektor teknologi dan kemahiran, tambah kenyataan media itu.

Tamil Nadu adalah penyumbang kedua terbesar kepada Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) India dan tempat pertama bagi syarikat Singapura yang ingin melabur di Selatan India, disebabkan kesamaan budaya dan sejarah kedua-dua neagra, tambah MTI dan EnterpriseSG.

Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke India, Simon Wong, mengetuai delegasi pegawai dari Kementerian Ehwal Luar (MFA), MTI, dan EnterpriseSG, serta 60 wakil perniagaan dari Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) dan Dewan Perniagaan dan Industri India Singapura ke acara itu di Chennai.

Persekutuan Perniagaan Singapura, disokong oleh EnterpriseSG, menubuhkan Pavilion Singapura yang mempamerkan syarikat Singapura yang mempunyai kehadiran kukuh di Tamil Nadu, termasuk Sembcorp, CapitaLand, YCH dan Blue Planet.

Semasa majlis tersebut, CapitaLand mengulangi rancangan pertumbuhannya bagi Chennai dengan pelaburan bernilai S$500 juta, untuk digunakan di seluruh taman perniagaan, logistik, gudang dan pusat data.

Satu lagi syarikat, Lionsbot, yang mereka bentuk dan mengeluarkan robot pembersihan automatik berskala industri, akan bekerjasama dengan universiti terkemuka di Tamil Nadu untuk memacu pembangunan bakat kejuruteraan dan robotik.

Saluran baharu inisiatif kerjasama dan pelaburan berkaitan menunjukkan bahawa syarikat Singapura sedang meluaskan penglibatan mereka di Tamil Nadu, kata Encik Tan Soon Kim, timbalan ketua pegawai eksekutif EnterpriseSG.

“EnterpriseSG komited untuk memperdalamkan sokongan kami kepada syarikat yang berminat untuk memasuki pasaran, dan membantu mereka meraih peluang di samping cita-cita Tamil Nadu untuk menjadi ekonomi AS$1 trilion (S$1.3 trilion) menjelang 2030,” tambahnya.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita