Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Syarikat SG, JB perlu lebih banyak jaminan & penjelasan bagi penguatkuasaan VEP

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 30 Sep 2024 07:50PM Dikemas Kini : 30 Sep 2024 09:07PM
SINGAPURA: Lebih banyak jaminan dan penjelasan diperlukan bagi syarikat-syarikat yang berniaga di Singapura dan Johor Bahru.

Ini selepas pihak berkuasa Malaysia mengumumkan bahawa penguatkuasaan VEP akan dilaksanakan secara berperingkat mulai Selasa (1 Okt).

Ini bermakna, mulai 1 Oktober, kenderaan tanpa VEP masih boleh memasuki Malaysia, namun amaran akan dikeluarkan kepada mereka yang tidak memiliki tag RFID.

Sebilangan pekerja di syarikat kejuruteraan Syntech Switchgear & Engineering perlu melakukan perjalanan ke Malaysia setiap hari.

Oleh itu, ia membuat permohonan bagi VEP hampir dua bulan lalu, tetapi masih belum mendapatkan respons daripada pihak berkuasa.

Lantaran itu, langkah Malaysia menangguhkan penguatkuasaan membawa sedikit kelegaan buat masa ini, kerana ia memberi mereka masa untuk mendaftarkan kenderaan mereka.

Ketua Pegawai Operasi, Syntech Switchgear & Engineering Benjamin Ang berkata: "Sebelum ini, saya sudahpun membuat rancangan di mana saya dan pengurus kilang perlu menaiki bas ke Malaysia. Malah saya juga menimbangkan mahu membeli kenderaan di Malaysia untuk digunakan buat sementara waktu."

Sungguhpun demikian, masih terdapat ketidaktentuan.

"Saya berharap akan ada lebih banyak penjelasan mengenai, contohnya, jika masih saya menantikan pengesahan status, sekurang-kurangnya menunjukkan bahawa saya sedang menantikan jawapan, dan kemudian, tempoh masa menunggu, bila tarikh tamat status akan diubah? Haruskah saya ke kaunter atau jabatan tertentu untuk memberikan lebih banyak maklumat? Semua maklumat ini tidak diketahui saya," tambahnya.

Syarikat sewa kereta LCH Car Rental Pte Ltd mempunyai lebih 100 kenderaan, tetapi sehingga 40 peratus daripadanya masih belum lagi mendaftar bagi VEP.

Pengarah LCH Car Rental Pte Ltd Lee Cheng Hwok bekata: "Kalau misalnya kenderaan itu masih belum didaftar, ia mudah. Tetapi untuk membatalkan pendaftaraan VEP kenderaan sebelumnya, ia lebih mencabar. Ini kerana penguasa VEP di sana mengambil masa lama untuk memaklumkan kami tentang status, dan kini kami hanya menunggu kemas kini daripada mereka."

Sekurang-kurangnya tiga minggu sudah berlalu sejak syarikat tersebut mengemukakan permohonan VEPnya.

Ia juga sedang menimbangkan sama ada untuk menyewakan kereta yang tidak berdaftar kepada para pemandu yang mahu melakukan perjalanan ke seberang tambak.

Bagi syarikat Tribecar - iaitu satu-satunya pengendali khidmat kongsi kereta yang menawarkan kemasukan ke Malaysia - kurang 50 peratus kenderaan yang dimilikinya belum lagi berdaftar untuk VEP.

Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana menyatakan, lebih banyak lagi perlu dilakukan utuk memberi jaminan kepada syarikat-syarikat Singapura.
 
Sumber : CNA/AI/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan