Syarikat SG boleh dapat pentauliahan kendali latihan bagi kakitangan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Syarikat tempatan kini boleh mendapatkan pentauliahan untuk mengendalikan latihan khusus bagi kakitangan mereka.
Ini boleh dilakukan di bawah sebuah program laluan kemahiran pantas yang disokong SkillsFuture Singapore.
Pendekatan itu bertujuan membantu syarikat mengurangkan kos latihan, di samping membolehkan pekerja menjimatkan masa tanpa perlu menjalani latihan di luar syarikat.
Jumbo Group adalah syarikat pertama daripada 15 syarikat yang sudah tamat program itu dan sejak November lalu mengendalikan latihannya sendiri.
Langkah itu berjaya membantunya mengurangkan kos latihan sebanyak 75 peratus dan menjimatkan kos sebanyak $30,000 sejauh ini.
Malah latihan tersebut juga dapat memenuhi keperluan kakitangan mereka dengan lebih baik lagi.
Contohnya, sesi latihan keselamatan dijalankan dalam Bahasa Mandarin agar sebilangan kakitangan dapat memahami maklumat yang ingin disampaikan dengan lebih baik.
Selain itu, menjadikan sesi latihan sambil belajar lebih berkesan.
Program tersebut memerlukan majikan mendapatkan tanda Workplace Learning Ready daripada Pusat Kecemerlangan Kebangsaan bagi Pembelajaran di Tempat Kerja (NACE) terlebih dahulu sebelum menjalankan kursus latihan di dalam syarikat.
Program yang bermula dengan sektor runcit serta makanan dan minuman F&B kini ditawarkan di seluruh Singapura.
Menurut NACE, program yang ditawarkan menarik minat industri seperti kewangan dan perkhidmatan profesional.
Syarikat kecil yang tidak mempunyai sistem latihan juga boleh mendapatkan bantuan mereka.
Mengulas lanjut mengenai insiatif tersebut, Pengarah NACE, Politeknik Nanyang Tan Jek Min berkata: "Selain program latihan untuk membantu membangunkan sistem mereka, kami juga mempunyai program perundingan untuk membantu syarikat yang tidak mempunyai alat dan sistem yang diperlukan.
"Oleh itu, kami akan membantu mereka, mengenal pasti masalah, dapatkan huraian supaya mereka dapat mempersiapkan diri dengan lebih baik," tambahnya.

Sumber : CNA/QA/AI/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.