Syarikat SG berkembang maju di benua Afrika
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Pexel)
SINGAPURA: Terdapat banyak persamaan antara Singapura dan Afrika daripada apa yang dijangkakan, menurut Enterprise Singapore.
Ini sedang lebih banyak syarikat Singapura meraih pelbagai peluang di pasaran Afrika yang bernilai S$3 trilion.
Syarikat dan jenama Singapura, Newmatic, giat membantu penduduk Kenya memperbaharui dapur mereka.
Lonjakan sektor binaan di Afrika Timur memberi syarikat tersebut peluang untuk pesat berkembang sepanjang lapan tahun lalu.
Ia kini mempunyai tujuh bilik pameran dan sekitar 50 kakitangan di merata negara itu.
Ia juga berkembang luas ke Uganda dan Tanzania semasa musim pandemik, sedang lebih ramai orang menghabiskan masa di rumah.
Selain syarikat Newmatic, terdapat sekitar 100 syarikat Singapura yang beroperasi di 40 negara Afrika.
Sebilangan daripadanya sudah beroperasi di sana selama lebih 20 tahun.
Menurut Enterprise Singapore, syarikat-syarikat yang berjaya di Asia Tenggara juga berkemungkinan besar akan berjaya di Afrika.
Ini sedang kedua-dua wilayah membangun dengan pantas dan mempunyai keperluan yang sama.
"Syarikat-syarikat dari Singapura, di mana kepakarannya adalah dalam bidang-bidang seperti perancangan bandar raya mampan, penyelesaian bangunan hijau, bekalan tenaga bersih, air, rawatan air sisa, mobiliti elektrik dan banyak lagi, inilah syarikat yang dari Singapura, mereka akan menemui pasaran baik dan benar yang mereka boleh tembusi," kata Pengarah Timur Tengah & Afrika Enterprise Singapore, Rahul Ghosh.
Misalnya, syarikat teknologi pembersih Speco sudah mula menjalin hubungan dengan perniagaan-perniagaan tempatan.
Dan ia melihat terdapat minat mendalam bagi produk yang boleh membersihkan sesebuah kawasan dalam beberapa minit dan juga membunuh nyamuk.
Namun, sebilangan syarikat juga menyatakan, isu keselamatan boleh menjadi hambatan.
Untuk mengawal risiko seperti itu dan isu-isu lain, syarikat-syarikat baru seperti Speco sedang bekerjasama antara satu sama lain, dan berharap dapat meraih manfaat bersama-sama.

Sumber : CNA/IA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.