Skip to main content

Singapura

Syarikat SG akan dapat akses lebih mudah kepada teknologi daya tinggi, teknologi kuantum

Syarikat-syarikat di Singapura akan mendapat akses lebih mudah kepada teknologi komputer daya tinggi dan teknologi kuantum bagi melakukan penyelidikan dan inovasi.

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat SG akan dapat akses lebih mudah kepada teknologi daya tinggi, teknologi kuantum

Satu skim perintis akan diperkenal untuk membantu syarikat pemula dan syarikat kecil untuk memanfaatkan teknologi terkini. (Gambar hiasan: Pixabay/TheDigitalArtist)

SINGAPURA: Syarikat-syarikat di Singapura akan mendapat akses lebih mudah kepada teknologi komputer daya tinggi dan teknologi kuantum bagi melakukan penyelidikan dan inovasi.

Pada masa yang sama, satu skim perintis akan diperkenal bagi membantu syarikat pemula dan syarikat kecil untuk memanfaatkan teknologi sedemikian.

Dana sebesar S$24.5 juta bakal diperuntukkan bagi menyokong penyelidikan untuk mengintegrasi komputer kuantum dengan komputer biasa.

Menurut Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital, Josephine Teo, langkah tersebut akan membantu pembangunan infrastruktur dan bakat yang relevan.

Ia juga akan membuka peluang untuk memanfaatkan teknologi sedemikian bagi sektor seperti pengkomputeran logistik dan biologi.

"Untuk bidang-bidang strategik, keupayaan dan kesediaan untuk melabur bagi jangka panjang adalah satu kelebihan," kata Cik Teo.

"Contohnya, pendekatan ini membantu Singapura membina asas yang kukuh dalam pengkomputeran kuantum serta terlibat secara bermakna dengan pemain-pemain utama hari ini," tambah beliau.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita