Skip to main content

Singapura

Syarikat sewa basikal SG Bike hentikan operasi selepas 7 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Syarikat sewa basikal SG Bike akan menghentikan operasinya selepas tujuh tahun mengendalikan perniagaan di sini.

Satu-satunya pengendali aplikasi sewa basikal tempatan, Anywheel, akan mengambil alih operasi SG Bike bermula hujung bulan depan, sekali gus menjadi pemain terbesar dalam pasaran tersebut.

Dalam pada itu, sekitar sejuta pengguna SG Bike boleh memindahkan baki kredit dalam aplikasi syarikat itu kepada platform Anywheel.

SG Bike sudah berhenti menerima pendaftaran baharu, tokokan kredit dan pembelian pasnya.

Hampir 12 syarikat sewa basikal telah menghentikan operasinya sejak 2018.

Peraturan kawal selia basikal sewa baharu dikuatkuasakan pada 2020 untuk mengawal jumlah basikal dan perbuatan meletak basikal sembarangan.

Satu-satunya pesaing Anywheel sekarang ialah syarikat HelloRide dari China, yang mendapatkan lesennya pada Julai lalu.

HelloRide dibenarkan mengendalikan sehingga 10 ribu basikal sewa.

Anywheel menyatakan 30,000 basikal yang ada sekarang masih belum dapat memenuhi permintaan penduduk.

Syarikat itu merancang untuk menambah sehingga 10,000 lagi basikal sewa.
Sumber : CNA/AY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita