Syarikat sewa basikal kurangkan jumlah basikal jelang tarikh akhir LTA
Syarikat-syarikat kongsi basikal di Singapura yang mempunyai lebih banyak basikal daripada yang dibenarkan, mengambil langkah untuk mengurangkan jumlah berlebihan itu dengan menyimpannya di gudang, dijual jadi besi buruk mahupun dieksportnya ke luar negara.
Gambar fail basikal ofo. (Gambar: Eric Piermont/AFP)
SINGAPURA: Syarikat-syarikat kongsi basikal di Singapura yang mempunyai lebih banyak basikal daripada yang dibenarkan, mengambil langkah untuk mengurangkan jumlah berlebihan itu dengan menyimpannya di gudang, dijual jadi besi buruk mahupun dieksportnya ke luar negara.
Langkah itu diambil menjelang tarikh akhir yang ditetapkan di bawah skim pelesenan basikal sewa baru Penguasa Pengangkutan Darat LTA pada Khamis (1 Nov).
Bulan lalu, LTA meluluskan lesen bagi enam syarikat pengendali khidmat kongsi basikal. Mobike, ofo dan SG Bike diberi lesen penuh, manakala Anywheel, GrabCycle dan Qiqi Zhixiang diberi lesen percubaan, bagi syarikat-syarikat yang beroperasi kurang enam bulan di Singapura dari tarikh permohonan dibuat.
Syarikat ofo dibenarkan mengendali 25,000 basikal, namun LTA menyatakan semalam (29 Okt), bahawa ia memohon untuk mengurangkan jumlah itu kepada 10,000 basikal, iaitu jauh lebih rendah daripada 80,000 basikal dalam permohonan asalnya.
Ofo memberitahu Mediacorp bahwa ia memindahkan basikal-basikal lebihannya, termasuk basikal yang sudah rosak di jalanan, bagi mematuhi peraturan pelesenan LTA.
Pengasas Anywheel, Encik Htay Aung memberitahu Mediacorp bahawa syarikat itu berharap untuk memohon bagi 30,000 basikal. Bagaimanapun ia diberitahu bahawa jumlah maksimum bagi pemegang lesen percubaan adalah 1,000 basikal.
Meskipun beliau enggan berkongsi jumlah basikal yang digunakan di jalanan sebelum ini, Encik Htay berkata bahawa syarikat itu sudah memperolehi dua gudang baru untuk menyimpan basikal lebihannya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.