Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Syarikat sektor binaan hadapi masalah kekurangan pekerja; kos meningkat hingga 15%

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Dalam masa kira-kira tujuh bulan pertama 2022, syarikat 10 Degree Solar menyaksikan perniagaannya melonjak sehingga 60 peratus.

Peningkatan itu seiring dengan kerancakan industri binaan selain permintaan lebih tinggi bagi pemasangan panel-panel suria bagi kediaman privet.

Meskipun mengalu-alukan kenaikan ini, syarikat itu perlu tangani cabaran dari segi sumber tenaga manusia.

"Ada kesukaran untuk mendapatkan pekerja untuk memasang panel suria yang memerlukan kemahiran menaiki bumbung, bekerja di tempat tinggi, mempunyai lesen untuk memasang panel suria. Itu semua memerlukan kemahiran tertentu," kata pengasas 10 Degree Solar, Encik Muhd Furqan Shamsudin.

furqan

Buat masa ini, 10 Degree Solar tidak menggajikan pekerja sedemikian secara tetap.

Sebaliknya, ia mendapatkan khidmat syarikat yang menyediakan sumber tenaga mahir bagi melaksanakan kerja-kerja pemasangan panel suria.

Namun, bagi memenuhi permintaan yang lebih banyak, syarikat itu perlu mempelbagaikan sumber untuk mendapatkan pekerja.

"Sebelum ini, saya hanya bergantung pada satu syarikat sahaja untuk membekalkan pekerja mahir untuk projek-projek yang saya ambil. Dalam satu pasukan itu mungkin ada enam hingga tujuh orang tetapi untuk memenuhi permintaan pasaran, kita harus mencari pelbagai penyedia khidmat.

"Kami harus memilih pekerja yang sesuai atau yang sudah kami periksa boleh membuat pemasangan panel suria," tambah beliau.

10 Degree Solar juga perlu bersaing dengan syarikat-syarikat pembinaan lain yang juga memerlukan lebih ramai pekerja yang mahir dalam sektor tersebut bagi lebih banyak projek pembangunan sedia ada.

Agensi pekerjaan pula sukar mendapatkan bekalan yang diperlukan.

"Saya melihat peningkatan dalam permintaan pekerja mungkin lewat Januari hingga awal Februari sehingga sekarang. Singapura pasti akan memerlukan lebih ramai pekerja asing tetapi bekalan masih ketat di negara asal dari India dan Bangladesh untuk sektor pembinaan. Untuk sektor binaan permintaan meningkat daripada sifar kepada 100 peratus menjelang akhir tahun ini," kata pengarah JJ&K Employment Agencies, Cik Nancy Leelavathi.

Ekoran itu, kos tenaga manusia telah meningkat antara 10 hingga 15 peratus.

Selain menaikkan kos tersebut, agensi pekerjaan perlu lebih cerewet dalam menyediakan pekerja buat syarikat dan jenis pekerjaan tertentu.

"Syarikat-syarikat yang membekalkan tenaga kerja untuk memasang panel suria sekarang agak memilih. Mereka memilih atas dasar kerumitan projek dan akan mengenakan harga yang lebih tinggi kerana mereka tahu permintaan pasaran yang pekerja sudah meningkat," tambah Encik Muhd Furqan.

Ini menyebabkan kelengahan pada usaha untuk menyiapkan projek.

Ada yang perlu ditangguh sehingga dua atau tiga bulan berbanding hanya setengah bulan untuk menyelesaikan sesebuah projek sebelum ini.

Menurut beliau lagi, syarikatnya juga terpaksa menaikkan harga untuk menyerap kos-kos tambahan.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan