Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Syarikat S'pura digesa laksana LOA terhadap pekerja bercuti di luar negara semasa cuti sekolah

Syarikat-syarikat digesa supaya melaksanakan Cuti Ketidakhadiran (LOA) ke atas para pekerja yang bercuti di luar negara semasa cuti sekolah pada bulan Mac, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Jumaat (20 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat S'pura digesa laksana LOA terhadap pekerja bercuti di luar negara semasa cuti sekolah

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 20 Mar 2020 01:54PM Dikemas Kini : 20 Mar 2020 02:03PM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat digesa supaya melaksanakan Cuti Ketidakhadiran (LOA) ke atas para pekerja yang bercuti di luar negara semasa cuti sekolah pada bulan Mac, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Jumaat (20 Mac).

Syarikat-syarikat yang berbuat demikian, serta mereka yang bekerja sendiri, akan dibenarkan untuk membuat tuntutan sebanyak S$100 setiap hari di bawah Program Sokongan Cuti Ketidakhadiran, tambah kementerian itu.

Mulai 11.59 malam ini, semua pengunjung yang memasuki Singapura akan dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) selama 14 hari.

Di samping itu, semua pelajar dan kakitangan sekolah yang melakukan perjalanan antara 14 Mac - semasa cuti sekolah selama seminggu bermula - hingga 20 Mac, akan dikenakan cuti LOA selama 14 hari bermula daripada tarikh mereka pulang ke tanah air. Langkah ini juga dikenakan ke atas murid dan kakitangan prasekolah.

"Pemerintah akur bahawa ramai ibu bapa terjejas oleh langkah peringkat nasional ini kerana perlu menjaga anak-anak mereka sepanjang tempoh tersebut," menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

"Pada masa yang sama, ia adalah satu langkah pencegahan yang berguna bagi mereka yang melakukan perjalanan baru-baru ini supaya mereka menjauhkan diri daripada tempat kerja bagi mencegah sebarang jangkitan lanjut (daripada virus korona COVID-19)."

Menurut kenyataan itu lagi: "MOM menggalak para majikan supaya mengenakan cuti LOA ke atas semua pekerja yang pulang ke Singapura antara 14 hingga 20 Mac jika mereka tidak dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah."

S$100 SEHARI UNTUK SYARIKAT LAKSANA LOA BERGAJI

Sesetengah majikan sudahpun melaksanakan dasar di mana pekerja yang pulang dari luar negara antara 14 hingga 20 Mac akan diarahkan mengambil cuti LOA, menurut MOM.

"Majikan-majikan ini harus meneruskan aturan kerja fleksibel sedia ada atau aturan cuti, termasuk meminta pekerja menggunakan cuti tahunan mereka untuk menampung cuti LOA," tambah kementerian itu.

Syarikat-syarikat yang tidak melaksanakan dasar sedemikian digalak supaya ikut serta dan mengizinkan para pekerja mereka bekerja dari rumah atau menawarkan cuti bergaji tambahan jika bekerja dari rumah tidak sesuai, tambah kenyataan itu lagi.

Majikan yang menyediakan cuti tambahan bagi kes-kes sebegini boleh memohon sokongan harian bernilai S$100 bagi setiap pekerja yang terjejas. Hanya kakitangan warga Singapura, penduduk tetap dan pemegang pas kerja mendapat manfaat daripada bantuan ini.

Mereka yang bekerja sendiri juga layak mendapatkan sokongan jika mereka mengenakan LOA ke atas diri sendiri selama 14 hari.

Syarikat-syarikat tidak layak mendapat sokongan ini jika pekerja yang terjejas terus bekerja dari rumah semasa cuti LOA, jika pekerja dikehendaki menggunakan cuti bergajinya sendiri atau jika pekerja dikenakan notis jangan keluar rumah meskipun perjalanan dilakukan sebelum peraturan-peraturan itu dikuatkuasakan ke atas kawasan-kawasan terlarang.

"Dengan situasi COVID-19 dijangka berlarutan, mungkin ada syarat-syarat tambahan yang dikenakan ke atas pemegang pas kerja dari semasa ke semasa," menurut MOM lagi sambil menambah bahawa majikan harus menyemak laman kementerian itu untuk mendapatkan nasihat terkini.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan