Skip to main content

Singapura

Syarikat Red Crowns Senior Living didenda; ambil pekerja secara haram

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Syarikat Red Crowns Senior Living yang terlibat dalam ujian menyediakan khidmat jagaan warga emas didenda kerana terlibat dalam amalan pengambilan pekerja secara haram.

Pengarahnya juga dikenakan sekatan, setelah siasatan sekitar sembilan bulan terhadap syarikat itu mula dijalankan.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan, Red Crowns menjadikan pelanggan warga emasnya majikan kepada pembantu rumah hijrahan.

Ini meskipun pelanggannya itu tidak mengendalikan tugas dan kebajikan pembantu rumah tersebut.

Aturan tersebut bermakna, dari segi undang-undang, pelanggan warga emasnya bertanggungjawab jika pembantu rumah hijrahan cedera semasa menjalankan tugas, tidak menerima gaji mereka pada waktu yang ditetapkan, dan tidak diberikan masa rehat yang cukup atau penginapan yang sesuai.

Red Crowns sebelum ini menyatakan, ia tidak mempunyai jumlah pekerja rakyat Singapura yang mencukupi untuk memenuhi kuota bagi menggajikan penjaga asing.

Menurut MOM, Red Crowns sudahn membetulkan model operasinya dan boleh terus menyediakan khidmat jagaan kepada pelanggannya.
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita