Skip to main content

Singapura

Syarikat proses makanan didenda S$5,000 kerana premis kotor, tidak simpan makanan dengan betul

Perusahaan pemprosesan makanan Traditional Kueh Baulu Trading didenda S$5,000 di mahkamah pada Rabu (16 Dis) kerana gagal menjaga kebersihan di premis dan tidak menyimpan makanan dengan betul.

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat proses makanan didenda S$5,000 kerana premis kotor, tidak simpan makanan dengan betul

(Gambar: SFA)

Diterbitkan : 16 Dec 2020 07:09PM Dikemas Kini : 16 Dec 2020 07:21PM

SINGAPURA: Perusahaan pemprosesan makanan Traditional Kueh Baulu Trading didenda S$5,000 di mahkamah pada Rabu (16 Dis) kerana gagal menjaga kebersihan di premis dan tidak menyimpan makanan dengan betul.

Dalam satu kenyataan media, Agensi Makanan Singapura (SFA) menyatakan bahawa ia menemui "pelbagai kelemahan kebersihan" ketika menjalankan pemeriksaan rutin pada 2 Apr 2020.

Ia termasuk jumlah lipas yang banyak; kerosakan struktur pada lantai, tembok dan dinding; penjagaan kebersihan yang lemah dengan terdapat sarang labah-labah dan dinding yang berhabuk; serta penyimpanan makanan dan bahan makanan secara tidak betul.

Lesen operasi syarikat itu juga digantung selama tujuh hari dari 7 Apr hingga 13 Apr pada tahun lalu. Penggantungan itu ditarik balik selepas Traditional Kueh Baulu Trading membetulkan kelemahan itu dan mengambil langkah-langkah untuk membaiki kebersihan premis tersebut.

"Keselamatan makanan adalah tanggungjawab bersama kerana makanan boleh dicemari di mana-mana sepanjang rantaian makanan," menurut SFA, sambil menambah bahawa pihak industri dan pelanggan harus memainkan peranan dalam memastikan langkah pengawalselia dilaksanakan dan dipatuhi.

Para pengendali makanan yang tidak mematuhi peraturan atau mematuhi keperluan kebersihan dan keselamatan makanan boleh didenda sehingga S$5,000.

Bagi kesalahan berulang, denda tambahan akan dikenakan iaitu tidak melebihi S$100 setiap hari atau sebahagian daripadanya di mana kesalahan itu masih dilakukan meskipun selepas disabit kesalahan.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita