Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Syarikat pengimport, pengarah didenda kerana bawa masuk sayur-sayuran secara haram

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat pengimport, pengarah didenda kerana bawa masuk sayur-sayuran secara haram

(Gambar: SFA)

Diterbitkan : 14 Apr 2022 09:00PM Dikemas Kini : 14 Apr 2022 09:00PM

SINGAPURA: Syarikat pengimport produk makanan, TSYT didenda S$4,250 pada Khamis (14 Apr) kerana mengimport secara haram sayur-sayuran untuk dijual. 

Demikian menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu kenyataan media bersama. 

Pengarah syarikat itu, Lee Yew Lim, juga didenda jumlah yang sama kerana gagal "mengelakkan kejadian itu daripada berlaku". 

Dalam satu operasi bersama yang dijalankan  ICA dan SFA, pegawai ICA menahan sebuah lori di Pusat Kawalan Woodlands, yang membawa produk makanan untuk dihantar ke TSYT. 

"Kes itu dirujuk kepada SFA bagi siasatan".

Siasatan mendapati TSYT telah mengimport sekitar 436.2 kilogram sayur-sayuran yang tidak diisytiharkan dan jumlahnya lebih daripada apa yang diisytiharkan dalam konsainan yang diimport dari Malaysia secara haram, menurut pihak berkuasa. 

"Barangan tersebut telah dirampas," tambahnya. 

SFA dan ICA menyatakan makanan yang diimport ke Singapura mesti memenuhi syarat SFA dan makanan hanya boleh diimport oleh pengimport berlesen.

Setiap baranagn yang dikirimkan secara konsainmen juga mesti diisytiharkan dan disertakan dengan permit import yang sah. 

Sayur-sayuran yang diimport secara haram datang dari sumber tidak diketahui dan boleh menimbulkan risiko keselamatan makanan, misalnya, jika menggunakan racun perosak yang tinggi atau tidak terkawal, menurut pihak berkuasa. 

Pesalah yang mengimport buah-buahan dan sayur-sayuran secara haram boleh dikenakan denda sehingga S$10,000, penjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali. 

"Usaha melindungi sempadan Singapura kekal satu keutamaan ICA. Kaedah yang serupa juga boleh digunakan oleh pengganas untuk menyeludup barangan yang mengancam keselamatan Singapura. 

"ICA akan terus menjalankan pemeriksaan keselamatan untuk mengesan dan mencegah percubaan mengimport secara haram agar Singapura kekal selamat," menurut pihak berkuasa. 

SFA juga akan terus melindungi keselamatan makanan menerusi sistem keselamatan makanan bersepadunya, yang termasuk undang-undang dan penguatkuasaan import yang tegas. 

SFA akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi kawalan sempadan untuk mencegah percubaan import secara haram melalui sempadan Singapura, menurut pihak berkuasa. 

Sumber : CNA/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa