Syarikat penghantaran makanan SG berdepan persekitaran lebih mencabar tahun ini
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail penghantar makanan GrabFood. (Gambar: Jeremy Long)
SINGAPURA: Syarikat-syarikat penghantaran makanan boleh jangkakan sekitaran yang lebih mencabar tahun ini, selepas pertumbuhan agak sederhana pada 2022.
Jumlah jualan menguncup dari 30 peratus pada 2021, kepada hanya 5 peratus tahun lalu.
Ia berdasarkan laporan syarikat 'Momentum Work' tentang industri penghantaran makanan di rantau Asia Tenggara.
Pertumbuhan tahun lalu didorong oleh peluasan ke pasaran lebih kecil seperti Malaysia dan Vietnam.
Namun, pasaran lebih besar seperti Singapura dan Thailand sebaliknya mengalami kemerosotan.
Ini memandangkan para pengguna sudah kembali ke restoran-restoran setelah sekatan COVID-19 ditarik balik.
Pelbagai pilihan untuk makan di luar menyebabkan jumlah pesanan untuk penghantaran makanan merosot.
Tinjauan tersebut turut mendedahkan lebih banyak syarikat sudah beralih daripada kedai runcit dan dapur maya, kerana kos operasi yang tinggi.
Syarikat seperti Grab dan Foodpanda kini lebih tertumpu kepada pakej iklan dan yuran langganan, serta menawarkan lebih khidmat 'offline' seperti kupon untuk makan di restoran, demi menjana pendapatan lebih tinggi.

Sumber : Agensi berita/IQ/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.