Syarikat penghantaran boleh tempah lot di lebih 50 tempat letak kereta HDB sebagai 'hab kurier'
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Desmond Lee)
SINGAPURA: Syarikat penghantaran boleh menempah lot di lebih 50 tempat letak kereta Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) mulai Isnin (9 Sep), selepas Skim Hab Kurier dirasmikan.
Skim tersebut dijadikan projek uji cuba pada 2021 dan 2022, yang menyaksikan "hasil positif", dedah Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dan HDB dalam satu kenyataan.
Di bawah program uji cuba itu, sejumlah tempat letak kereta bertingkat HDB dipilih sebagai hab kurier, di mana syarikat penghantaran menjalani aktiviti seperti menurunkan dan mengatur bungkusan, serta memberi bungkusan kepada penghantar yang berjalan kaki.
Dalam catatan di Facebook pada Isnin, Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee berkata, projek uji cuba itu memberi syarikat penghantaran "ruang yang selamat dan sesuai untuk mengatur dan mengendali bungkusan di tempat letak kereta HDB".
"Menerusi projek uji cuba ini, kita menyaksikan daya pengeluaran meningkat, dan masa penghantaran yang berkurangan, di mana pelanggan menerima bungkusan mereka lebih awal," tulis Encik Lee.
TEMPAH LOT
Syarikat yang berminat boleh memohon untuk menempah lot di tempat letak kereta HDB mulai Isnin. Menurut URA, tempat letak kereta tersebut dipilih "berdasarkan ketersediaan ruang dan maklum balas yang diterima".
Permohonan ditutup pada pukul 5.30 petang, 4 Oktober.
Untuk memohon lot, seseorang itu perlu menjadi:
Seorang warga Singapura atau Penduduk Tetap (PR) berusia 18 tahun
Pemilik tunggal atau pemilik syarikat didaftar di Singapura
Syarikat perlu didaftar dengan Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (ACRA).
Seorang pemandu boleh memilih lokasi yang diingini daripada senarai tempat meletak kereta bertingkat. Mereka perlu memohon sekurang-kuangnya empat lot dan boleh memohon 12 lot maksimum bagi setiap lokasi, dalam setiap permohonan.
Menurut laman web HDB, permohonan tidak boleh diubah selepas ia disahkan.
Lokasi tersebut akan diberikan kepada mereka yang mendaftar dahulu, berdasarkan tarikh dan waktu setiap permohonan.
Sekiranya terdapat lot tambahan, lebih daripada satu syarikat akan diberi tempat letak kereta yang sama.
Pemohon yang berjaya akan menandatangani Lesen Pendudukan Sementara (TOL), dan mereka akan dimaklumkan tentang tarikh permulaan. Mereka dibolehkan untuk menggunakan tempat letak kereta di bawah skim tersebut selama setahun.
Syarikat penghantaran perlu membayar yuran TOL setahun, iaitu S$70 bagi setiap lot, dan deposit keselamatan tiga bulan berdasarkan jumlah lot yang digunakan.
Bayaran buat tempat letak kereta akan dikenakan bagi kenderaan yang menggunakan tempat letak kereta untuk aktiviti penghantaran.
Deposit keselamatan akan dikembalikan pada akhir tempoh TOL atau ketika ia ditamatkan, dengan syarat lokasi diperbaiki kepada bentuk asalnya dan memenuhi syarat HDB.
Ruang khusus tersebut boleh digunakan bagi hab kurier antara pukul 9.00 pagi dan 6.00 petang setiap hari.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.