Skip to main content

Singapura

Syarikat pengendali bas sekolah dibenarkan menggaji pekerja hijrahan sebab kekurangan pemandu

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 12 Jun 2023 07:22PM Dikemas Kini : 12 Jun 2023 09:08PM
SINGAPURA: Pemerintah sedang menerapkan beberapa langkah baru untuk membantu syarikat-syarikat pengendali bas sekolah mengatasi kenaikan kos dan kekurangan pemandu.

Ini termasuk meningkatkan kuota pekerja hijrahan bagi sebilangan pengendali bas untuk tempoh terhad.

Langkah tersebut akan membantu syarikat pengendali yang sedang cuba merekrut pemandu tempatan dalam usaha menambah bekalan pekerja berdasarkan keperluan masing-masing.

Sejak beberapa bulan ini, tekanan kos yang semakin meningkat mendorong lebih ramai pengendali bas sekolah menamatkan kontrak mereka.

Menurut Kementerian Pendidikan (MOE), perkara itu menjejas kedua-dua ibu bapa dan pelajar.

Untuk memastikan khidmat bas sekolah dapat terus beroperasi, MOE akan menyemak rangka kontrak untuk memberikan syarikat pengendali lebih banyak fleksibiliti dalam melakarkan khidmat yang disediakan.

Ini termasuk membenarkan syarikat pengendali untuk menetapkan tempat mengambil dan menurunkan pelajar.

Penyesuaian tersebut akan berkuatkuasa tahun depan.

Sementara itu, MOE menggalakkan para ibu bapa supaya menimbangkan sekolah rendah berhampiran dengan rumah mereka.
Sumber : CNA/NY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita