Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Syarikat pengeluar TEP@RT mampu tingkatkan penghasilan jika ada permintaan bagi kit ART

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Syarikat yang membangunkan kit ujian pantas antigen pertama di negara ini, mampu meningkatkan penghasilannya pada bila-bila masa.

Ini akan dilakukan sekiranya terdapat permintaan tinggi.

Sebanyak 10,000 kit dipanggil TEP@RT sudah dihasilkan oleh syarikat Cellbae Pte. Ltd dan jumlahnya boleh ditingkatkan kepada 100,000 kit sehari.

"ART TEP@RT adalah kit ujian kendiri COVID-19 untuk mengesan jangkitan COVID-19 yang boleh dilaksanakan sendiri oleh orang awam. Kita dapat mengesan sensitiviti tertinggi, iaitu 100 peratus untuk pesakit yang mempunyai nilai CT kurang dari 30 dan tepatnya 100 peratus untuk kesemua pesakit," jelas Dr Jun Hui Soh, Pengarah Penyelidikan dan Makmal Cellbae.
(Gambar: Nurfazirah Azman)
Setakat ini, tiada keputusan positif yang tidak sah dari pesakit yang menggunakan kit-kit ini.

"Cellbae telah memulakan penyelidikan TEP@RT untuk COVID-19 pada hujung tahun 2021 dan dapat menyelasaikan semua proses penyelidikan, pembangunan dan pengilangan dalam masa kurang dari 5 bulan," ujar Dr Soh.

Kit tersebut diluluskan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) pada 13 Januari 2023.

Setiap kotak mengandungi 5 kit ujian dijual pada harga $13.
(Gambar: Nurfazirah Azman)
"Saya percaya bahawa kita dapat menjualnya pada harga yang lebih rendah berbanding ART kit lain kerana kita dapat mengurangkan kos yang selalunya diperuntuk untuk orang tengah seperti syarikat pengimport dan pihak pelesenan," kata Dr Muhammad Nadjad Abdul Rahim, Pengarah Operasi dan Pembangunan Produk Cellbae.

Selain kit ART, Cellbae Pte. Ltd sedang dalam proses membangunkan kit ujian untuk mengesan penyakit dan virus lain.

Antaranya adalah, kit antigen untuk mengesan penyakit kencing manis, penyakit berkaitan dengan gigitan nyamuk seperti Chikungunya dan juga penyakit batuk kering (TB).
(Gambar: Dr Nadjad)
Pengurus operasi runcit Pharmex Healthcare, Peter Chia memberitahu BERITAMediacorp bahawa 100 kotak kit ujian TEP@RT sudah diagihkan ke lapan cawangan syarikat itu di merata Singapura.
Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan