Syarikat pemula SG harus rebut peluang untuk berkembang di Asia, kata DPM Heng
Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat menggesa syarikat-syarikat pemula supaya merebut peluang untuk berkembang di Asia dan Asia Tenggara.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat menggesa syarikat-syarikat pemula supaya merebut peluang untuk berkembang di Asia dan Asia Tenggara.
Ini sekalipun dengan landskap global yang mencabar.
Persekitaran inovasi yang bertenaga amat penting, menurut Encik Heng, sedang Singapura mempercepatkan pertumbuhannya.
Encik Heng berkata demikian semasa berucap di Forum Pengasas Asia yang menghimpunkan para pemilik perniagaan dan pelabur dari rantau ini.
"Syarikat-syarikat pemula yang ingin berkembang boleh meraih manfaat daripada sebuah ekosistem inovasi yang bersepadu serta rangkaian kukuh kepada pasaran baharu.
"Singapura sebagai nadi Global-Asia boleh berfungsi sebagai lokasi yang sesuai untuk syarikat-syarikat pemula dan para pengasas memanfaatkan peluang baharu, mencapai pertumbuhan seterusnya dan berkembang di peringkat global," kata Encik Heng.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.