Syarikat pemula mata wang kripto Amber Group 'sesuaikan' jumlah kakitangan tetapi 'tidak berisiko jatuh muflis'
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Amber Group, syarikat pemula mata wang kripto yang menerima sokongan kewangan daripada syarikat pelaburan negara Temasek Holdings, sedang memperlahankan pelan pertumbuhannya dan 'menyesuaikan' jumlah tenaga kerjanya.
Namun, Amber Group menyatakan ia tidak berisiko jatuh muflis.
Demikian menurut syarikat tersebut pada Jumaat (9 Dis).
Syarikat berkenaan mengeluarkan kenyataan demikian dalam menjawab pertanyaan Mediacorp menyusuli laporan oleh beberapa cawangan media, termasuk The Financial Times yang menukil seorang pekerja sebagai mendedahkan bahawa seramai 60 anggota kakitangan syarikat itu sudah diberhentikan tugas di bandar-bandar Shenzhen, Beijing serta Shanghai di China.
Pembayaran gaji kepada sesetengah pekerja didakwa tertunda sedang Amber Group mengurangkan tenaga kerjanya.
Laporan itu menyusuli beberapa syarikat kripto utama, termasuk FTX, yang diisytiharkan muflis tahun ini serta seruan bagi kawal selia lebih ketat terhadap platform sedemkian.
Dalam kes FTX, Temasek Holdings mempunyai taruhan 1 peratus dalam syarikat tersebut.
Amber Group menyatakan ia membuat beberapa perubahan kepada jumlah tenaga kerjanya berdasarkan keperluan perniagaan serta pertimbangan operasi yang lain termasuk kos dan kecekapan.
Syarikat itu juga menyatakan ia akan terus memberi perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan nilai tinggi dan institusinya di seluruh dunia.
Amber Group menyifatkan Asia sebagai "pasaran utamanya" di mana ia mempunyai sumber yang paling banyak. Ia menambah bahawa pejabat-pejabatnya di Hong Kong dan Singapura dibuka serta beroperasi seperti biasa.

Sumber : Today/ZM/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.