Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Syarikat pemula hasilkan teknologi VR reka dalaman lebih pantas

Para pemilik rumah kini mempunyai lebih banyak pilihan untuk menghasilkan reka bentuk dalaman dalam tempoh yang singkat.

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat pemula hasilkan teknologi VR reka dalaman lebih pantas

Syarikat milik anak Melayu, Luucid Pte Ltd menghasilkan teknologi VR, Lotus VR untuk pereka bentuk dalaman. (Gambar: BERITAmediacorp/Nur Hazimah Anuar)

SINGAPURA: Para pemilik rumah kini mempunyai lebih banyak pilihan untuk menghasilkan reka bentuk dalaman dalam tempoh yang singkat.

Sebuah syarikat pemula tempatan Luucid Pte Ltd. menghasilkan teknologi Realiti Maya dipanggil VR Lotus yang membolehkan pemilik rumah menentukan sendiri susun atur dan reka bentuk dalaman rumah mereka dalam masa nyata.

APLIKASI LOTUS VR DIHASILKAN BAGI ATASI CABARAN DIHADAPI PEREKA BENTUK DALAMAN

Berkongsi lanjut mengenai aplikasi baru itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengasas bersama Luucid, Encik Muzhaffa Kamal berkata aplikasi teknologi VR itu dihasilkan sebagai huraian bagi cabaran yang dihadapi oleh syarikat reka bentuk dalamannya.

Encik Muzhaffa merupakan pemilik bersama syarikat reka bentuk dalaman, Whiteboard Associates.

"Aplikasi VR ini dapat mempercepatkan proses mereka rumah dalaman. Buat masa ini ia mengambil masa sekitar tiga hingga lima minggu untuk mereka bentuk sebuah rumah tetapi dengan aplikasi ini mereka dapat mereka bentuk rumah dalam tempoh sesingkat sehari," kata Encik Muzhaffa.

LOTUS VR TAWARKAN FUNGSI PERTAMA SEUMPAMANYA

(Gambar: BERITAmediacorp/Nur Hazimah Anuar)

Jelas Encik Muzhaffa, buat masa ini tiada teknologi VR sepantas itu dalam pasaran bagi reka bentuk dalaman.

"Dengan produk kami, pengguna dapat melihat produk-produk sebenar dalam pasaran dan juga dimensi sebenar dalam rumah mereka.

"Mereka juga dapat memuat naik lukisan 2D ke ruang 3D, kemudian mereka boleh menyusun perabot-perabot di mana-mana tempat di dalam rumah berbanding dengan aplikasi VR yang lain yang mana tempatnya terhad.

"Lotus VR juga membolehkan para pengguna menukar suasana ke waktu pagi, petang dan malam bagi melihat perbezaannya. Keseluruhan kos ubah elok rumah juga akan dipaparkan melalui aplikasi ini," kata Encik Muzhaffa.

Setakat ini, Luucid membelanjakan S$40,000 untuk menghasilkan prototaip Lotus VR.

Kini, syarikat itu berada di fasa pembiayaan dan dijangka dilancarkan pada suku ketiga tahun depan.

Selain daripada kegunaan dalam industri reka bentuk dalaman, Encik Muzhaffa berkata bahawa beliau menerima pertanyaan daripada pemain industri lain seperti syarikat  pengeluar lantai dan perabot untuk menerapkan penggunaan Lotus VR dalam rumah pameran masing-masing.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan