Syarikat pemula diberi akses lebih pantas kepada ruang kerja JTC LaunchPad di bawah program baharu
Anggaran Waktu Membaca:
Bangunan JTC Launchpad. (Gambar: MCI)
SINGAPURA: Satu program baharu pemerintah mahu mempercepat usaha mencari gergasi teknologi Singapura seterusnya, sedang dunia berlumba-lumba untuk menguasai sempadan-sempadan baharu.
Di bawah program itu, syarikat-syarikat pemula terpilih daripada universiti dan politeknik akan diberikan akses lebih pantas kepada ruang bekerja di JTC LaunchPad.
Ruangnya disewakan pada kadar lebih rendah, dengan peluang lebih baik untuk mendapatkan pendanaan dan kemungkinan, masa depan lebih cerah untuk berkembang maju.
Misalnya, sebuah robot protataip boleh membersihkan tandas dalam masa dua minit sahaja.
Bukan itu sahaja, ini bermakna tenaga kerja yang diperlukan hanya separuh berbanding sekarang.
Ini juga sangat membantu sedang banyak syarikat sukar mencari pekerja bagi pekerjaan sedemikian.
Syarikat pemula di sebalik prototaip itu adalah sekumpulan pelajar Universiti Nasional Singapura (NUS) dan mereka berhasrat memasarkan ciptaan ini menjelang hujung tahun depan.
JTC menyatakan, syarikat-syarikat pemula dari agensi-agensi dan institut pendidikan tinggi kini akan mendapat akses lebih pantas untuk mendapatkan ruang.
Kini sebulan sahaja diperlukan di bawah Program Laluan Hijau, berbanding tiga bulan sebelum ini.
Kadar sewanya juga sekitar empat kali lebih murah berbanding tempat-tempat lain.
JTC kini menyediakan ruang bagi sekitar 700 syarikat pemula di JTC Launchpad.

Sumber : CNA/FZ/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.