Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Syarikat pemula bioteknologi S'pura cipta ujian kesan 9 jenis barah

Sebuah syarikat berpangkalan di Singapura sedang mencipta satu kaedah ujian yang boleh mengesan awal beberapa jenis barah yang boleh membawa maut.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Jul 2022 06:08PM Dikemas Kini : 07 Jul 2022 10:53PM
SINGAPURA: Sebuah syarikat berpangkalan di Singapura sedang mencipta satu kaedah ujian yang boleh mengesan awal beberapa jenis barah yang boleh membawa maut.

Sasarannya adalah sembilan jenis barah termasuk paru-paru, payudara, hati, perut dan prostat.

Syarikat bioteknologi MiRXES itu akan melabur lebih S$50 juta dalam tempoh tiga tahun ini bagi projek tersebut. Tujuh institusi jagaan kesihatan dan akademik juga terlibat dalam projek itu.

Kaedah ujiannya bergantung kepada dua molekul dalam darah, yang mengesan kemungkinan seseorang menghidap barah.

Jika berjaya, MiRXES akan menonjolkannya sebagai kaedah ujian yang lebih sensitif dan tepat berbanding ujian sedia ada.

Semasa melancarkan projek itu hari ini (7 Jul), Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata bilangan penduduk Singapura yang menjalani pemeriksaan mengesan barah agak rendah.

"Pengesanan awal akan membawa perbezaan besar kepada keputusan kesihatan bagi semua pesakit dan semua rakyat Singapura. Teknologi itu membolehkan sistem jagaan kesihatan kita untuk mengalihkan tumpuan daripada jagaan kuratif kepada jagaan pencegahan dari hospital-hospital ke masyarakat," kata beliau.
Sumber : CNA/AI/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan