Syarikat pelaburan seni SG tutup mendadak; gaji pekerja tertunggak, karya seni tidak dipulangkan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Syarikat pelaburan seni Art Works dibubarkan sementara (liquidation), dengan gaji kakitangannya masih tertunggak serta karya seni bernilai ribuan dolar yang belum dikembalikan kepada pelukis.
Sebagai memberi respons kepada pertanyaan Mediacorp, polis mengesahkan pada Isnin (3 Nov) bahawa aduan sudahpun dibuat, walaupun pihaknya tidak menyatakan apa yang dilaporkan.
Dokumen yang disediakan untuk tatapan umum serta kakitangan menyatakan bahawa syarikat tersebut, yang juga mengendalikan galeri seni di pusat beli-belah One Holland Village, diletakkan di bawah pengurusan penyelesai sementara (liquidator) pada 30 Oktober.
Apabila pelukis sepenuh masa Sylvie Kettle mengetahui tentang pembubaran sementara tersebut pada Jumaat, beliau berasa kecewa.
Syarikat tersebut, yang ditubuhkan pada 2011 sebagai Art Index International, mempunyai 14 karya seni Cik Kettle, yang beliau nilai pada hampir S$100,000.
Ia kemudian dinamakan Art Works pada 2017.
Wanita berusia 26 tahun yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan bekerja dengan syarikat tersebut sejak pembukaan galerinya di One Holland Village pada 2023, memberitahu Mediacorp bahawa sekurang-kurangnya enam karyanya sudah dijual, namun beliau tidak menerima maklumat terkini yang jelas mengenai pembayaran dalam tempoh enam bulan yang lalu.
Beliau menambah bahawa satu-satunya pengakuan langsung yang diterimanya datang daripada pemilik galeri, yang memberi bayangan tentang pembubaran sementara itu tetapi tidak memberikan butiran lanjut.
PENUTUPAN MENDADAK
Pemeriksaan oleh Mediacorp menunjukkan bahawa pembubaran sementara Art Works berlaku secara mendadak dan tanpa pemberitahuan awal.
Galerinya di One Holland Village ditutup pada Jumaat, dengan notis yang menyatakan ia "ditutup bagi acara peribadi".
Di dalamnya, karya seni masih dipamerkan, dan seorang kakitangan dari syarikat pembubaran sementara itu kelihatan mengambil catatan bagi setiap karya.
Papan tanda untuk pameran yang sedang berlangsung, "Chaos and Sanctuary", masih kelihatan, yang menunjukkan bahawa pameran itu dijadualkan berlangsung sehingga 9 November.
Beberapa pelukis yang dipaparkan dalam pameran tersebut diketengahkan dalam catatan di media sosial Art Works pada hari-hari menjelang pembubaran sementara tersebut.
Kedua-dua laman Facebook dan laman web syarikat itu ditutup pada Jumaat.
Kakitangan di dalam galeri mengesahkan mereka adalah penyelesai sementara yang dilantik untuk kes tersebut tetapi enggan memberi komen lanjut.
Apabila Mediacorp melawat pejabat utama Art Works di Church Street, seorang kakitangan meminta agar pelukis yang terjejas tidak dihubungi untuk ditemubual, sambil mendakwa bahawa pelukis-pelukis itu "sangat tertekan buat masa ini".
Rekod awam di portal Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (ACRA) mengesahkan bahawa syarikat tersebut kini dalam proses pembubaran sementara.
Pada 30 Oktober, ia mengisytiharkan ia tidak berupaya meneruskan operasi dan melantik penyelesai sementara pada hari yang sama.
Beberapa perniagaan dilaporkan ditutup secara mendadak sejak kebelakangan ini.
Pada 29 Oktober, rangkaian kedai Twelve Cupcakes tiba-tiba ditutup tanpa notis awal, dengan kira-kira 80 pekerja terjejas.
Jollibean juga menutup beberapa cawangannya secara mendadak awal tahun ini, menyebabkan pekerja tiba di tempat kerja dan mendapati kedai-kedai ditutup tanpa pemberitahuan awal.
PEKERJA 'AMAT KECEWA'
Dalam satu kenyataan kepada Mediacorp, sekumpulan 15 pekerja mendedahkan mereka dimaklumkan dalam mesyuarat pada 30 Oktober bahawa syarikat itu akan menghentikan operasi dengan serta-merta.
Syarikat audit Forvis Mazars dilantik sebagai penyelesai sementara untuk membubarkan perniagaan.
Para pekerja, yang tidak mendedahkan identiti mereka, berkata mereka sedang mencari panduan mengenai kelayakan pekerjaan dan gaji mereka melalui proses pembubaran dan pihak berkuasa yang berkaitan.
Meskipun berdepan "keadaan peribadi", mereka berkata mereka tetap komited untuk membantu proses pembubaran "sewajarnya" dan memastikan klien dan pelukis "dapat disatukan semula dengan karya mereka dengan selancar mungkin".
Mediacorp sudah menghubungi ketua pegawai operasi Art Works Chris Hallewell dan pengarah seni halus global Cassi Young. Kedua-duanya tidak memberi respons kepada kiriman teks mahupun panggilan.
Ia juga sudah menghubungi Forvis Mazars, tetapi diberitahu bahawa pihaknya "tidak dapat memberi komen mengenai situasi pelanggan tertentu".

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.