Syarikat nantikan peluang ambil pekerja dari senarai negara baru
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebilangan syarikat sedang menantikan penarikan balik sekatan ke atas pekerja hijrahan bagi peranan kerja tertentu mulai September tahun ini, yang akan membolehkan mereka mengambil pekerja dari negara lain.
Syarikat dalam sektor perkhidmatan dan perkilangan biasanya dibenarkan mengambil pemegang permit dari Malaysia, Hong Kong, Macao, Korea Selatan dan Taiwan.
Bagaimanapun, senarai baru tersebut akan membenarkan syarikat-syarikat untuk menggajikan pekerja hijrahan bagi peranan tertentu di bawah permit pekerjaan, dan bukan pas S. Ini termasuk tukang masak di restoran India, yang dapat menyokong budaya makanan Singapura yang berbilang kaum dengan lebih baik, menurut Kementeriaan Tenaga Manusia (MOM).
Pekerjaan lain termasuk penyerut sayur, pembuat perasa dan sos serta pekerja logam kepingan.
Antara syarikat yang menantikan senarai itu berkuat kuasa pada 1 September tahun ini adalah kedai roti Bob the Baker Boy. Ia sedang mencari pekerja pembuat sos dan pekerja yang dapat mengendalikan mesin membuat sos.
"Saya tidak mengatakan bahawa kami kekurangan pekerja, tetapi kami sering mempunyai satu atau dua jawatan yang tidak diisi. Dan ia merupakan masalah kecil bagi kami terutama sekali ketika waktu perayaan di mana permintaan melonjak tinggi. Para pekerja terpaksa bekerja melebihi waktu kerja mereka untuk selesaikan kerja," kata Cik Mayee Fong, pemilik kedai itu.
LEBIH BANYAK TENAGA KERJA DIPERLUKAN MESKI GUNA MESIN
Syarikat itu menggunakan mesin bagi beberapa prosesnya seperti untuk membuat sos, kata Cik Fong.
"Dahulu, seseorang harus berdiri bersebelahan dapur masak, dan memasak sos berjam-jam lamanya," katanya.
Walaupun dengan bantuan mesin, tenaga kerja tambahan dalam pekerjaan tersebut dapat membantu, tambah Cik Fong.
Dengan skim baru itu, Cik Fong ingin mengambil pekerja dari India, Filipina dan Vietnam.
KEMAHIRAN DALAM MASAKAN INDIA
Satu lagi kedai makan yang dijangkakan meraih manfaat daripada senarai tersebut adalah restoran India Selatan, Podi and Poriyal, yang berdepan kesukaran pada tahun lalu untuk mendapatkan khidmat ketua tukang masak yang berpengalaman supaya dapat mengetuai para pekerja dapur.
"Kami berusaha untuk mendapatkan khidmat ketua tukang masak untuk restoran ini, dan disebabkan beberapa kesukaran, sama ada kriteria atau kelayakan calon, permohonan itu tidak berjaya. Ia meninggalkan ruang yang perlu diisi," kata Encik Kiran Raghavan, ketua eksekutif Arpanam, yang mengendalikan restoran itu.
Dengan adanya akses kepada tukang masak India, ia akan memberi perniagaan kecil seperti syarikatnya kepakaran yang kini tidak dimiliki, tambahnya.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.