Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Syarikat media sosial mesti patuhi kod amalan kandungan online, tegas Josephine Teo

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Nov 2022 09:07PM Dikemas Kini : 08 Nov 2022 10:56PM
SINGAPURA: Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo berkata Singapura perlu sedar tentang kesan buruk kandungan online yang berbahaya kepada para individu dan masyarakat.

Cik Teo berkata demikian semasa bacaan kedua rang undang-undang keselamatan online.

Di bawah undang-undang yang disarankan, syarikat perkhidmatan media sosial perlu mematuhi kod amalan hasil maklum balas orang ramai dan khidmat media sosial utama di Singapura.

Mereka mungkin perlu menghadkan akses kepada kandungan berbahaya dan membenarkan para pengguna menguruskan keselamatan sendiri.

Mereka juga perlu memudahkan laporan tentang kandungan berbahaya untuk para pengguna.

Pihak yang mengawal Perkhidmatan Komunikasi Online ataupun platform yang terbesar dan paling popular kesemuanya beroperasi dari luar Singapura dan di luar bidang kuasa undang-undang Akta Penyiaran pada Selasa (8 Nov).

"Demi memastikan para pengguna perkhidmatan dan platform ini dapat dilindungi, kita perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak terbabit, selagi mereka menyediakan kandungan yang boleh diakses pengguna Singapura," kata Cik Teo.
Sumber : CNA/IA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan