Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Syarikat kimia khas asal Jerman perluas kemudahan di SG untuk penuhi permintaan daging Asia

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 28 Aug 2024 08:13PM Dikemas Kini : 28 Aug 2024 08:42PM
SINGAPURA: Syarikat kimia khas asal Jerman, Evonik, meluaskan kemudahannya di Singapura bagi menghasilkan lagi 40,000 tan kimia metionina yang digunakan dalam makanan haiwan.

Peningkatan sebanyak 13 peratus itu bagi membantu memenuhi permintaan daging yang melonjak di Asia.

Pelaburan itu juga isyarat terhadap minat yang semakin meningkat dalam sektor tenaga dan kimia Singapura.

Metionina adalah sejenis kimia yang penting dalam pertumbuhan sihat haiwan seperti ayam dan udang.

Kompleks yang diperluas turut memperkukuhkan kedudukan Evonik sebagai pengeluar metionina terbesar di dunia, dengan menguasai lebih 40 peratus pasaran.

Di acara pelancarannya, Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu berkata kemudahan yang diperluaskan itu turut menyokong pelan Singapura untuk menghijau dan mendakapi huraian mampan.

"Kami alu-alukan perkongsian dengan syarikat-syarikat seperti Evonik untuk memanfaatkan peluang pertumbuhan dalam permintaan bagi kimia-kimia khas dan mampan, khususnya dalam pasaran yang berkembang pantas seperti pemakanan dan pertanian, penjagaan kimia, farmaseutikal dan mobiliti," kata Cik Fu.
Sumber : CNA/FZ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan