Skip to main content

Singapura

Syarikat kereta sewa 'tidak mungkin' faktor utama di sebalik kenaikan harga COE: MOT

Anggaran Waktu Membaca:


SINGAPURA: "Tidak mungkin" bagi syarikat kereta sewa, yang membida kenderaan yang kemudiannya disewakan sebagai kereta sewa privet, adalah faktor utama di sebalik kenaikan harga Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE), kata Pemangku Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat pada Isnin (6 Nov).

Ini kerana data menunjukkan harga COE "telah meningkat dalam tempoh ketika permintaan daripada syarikat-syarikat kereta sewa sudah merosot", katanya di parlimen.

Menjawab pelbagai soalan di Parlimen daripada para Anggota Parlimen (AP) mengenai kenaikan harga COE, Encik Chee menegaskan bahawa syarikat-syarikat kereta sewa yang memperolehi kira-kira 21 peratus COE Kategori A dalam tiga suku terakhir - dan hanya 16 peratus dalam kebanyakan sesi bidaan baru-baru ini. Sebagai perbandingan, mereka memperolehi 27 peratus COE Kategori A pada 2022.

Dalam Kategori B, bidaan mereka juga menurun dari 24 peratus pada 2022 kepada 23 peratus dalam tiga suku terakhir.

Premium COE bagi Kategori B melepasi paras S$150,000 (AS$111,000) buat kali pertama dalam bidaan terbaharu pada 18 Okt, apabila premium mencecah paras tertinggi baharu untuk semua kategori kereta. COE kategori terbuka, yang boleh digunakan untuk sebarang jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan untuk kereta besar, juga meningkat ke paras rekod S$158,004 daripada S$152,000.

Ini berlaku sebulan sebelum premium COE dalam Kategori B dan Kategori Terbuka melepasi paras S$140,000.

COE bagi kereta dalam Kategori A juga ditutup pada paras rekod S$106,000 pada 18 Okt.

"KESEIMBANGAN" UNTUK WUJUDKAN KATEGORI BERASINGAN

Dalam responsnya kepada AP Gan Thiam Poh (PAP-Ang Mo Kio) dan Yip Hon Weng (PAP-Yio Chu Kang) – yang menyarankan supaya mengeluarkan kategori berasingan untuk syarikat-syarikat kereta sewa atau mengiktiraf mereka seperti teksi yang tidak perlu membuat bidaan. COE – Encik Chee berkata perlu ada "keseimbangan" untuk melaksanakan langkah ini.

Seperti teksi, kuota bagi kategori baharu ini perlu diambil daripada kategori sedia ada, setelah mengambil kira dasar pertumbuhan sifar Singapura, katanya.

“Dengan permintaan (kereta sewa privet) masih berkembang dan mungkin berbeza dari suku ke suku, sukar untuk menentukan kuota tepat yang diperlukan untuk memenuhi keperluan pemandu dan penumpang. Jika kita mengalihkan terlalu banyak kuota sedia ada daripada Kategori A dan B kepada kategori baharu ini untuk syarikat (kereta sewa privet), ia akan mengurangkan lagi bekalan dalam kategori ini dan terdapat risiko harga COE mungkin meningkat lagi,” tambah beliau.


Kementerian Pengangkutan (MOT) pada September 2022 juga menyatakan bahawa mengeluarkan kereta sewa privet daripada bidaan COE akhirnya akan meningkatkan kos untuk pengguna.


Sungguhpun demikian, Encik Chee pada Isnin berkata Pemerintah akan mengkaji kemungkinan "pilihan seterusnya di luar bidaan COE" untuk menangani keprihatinan ini dengan syarikat-syarikat kereta sewa privet. Pemerintah sedia maklum bahawa kereta sewa privet "melakukan perjalanan yang lebih jauh di jalan raya tetapi ia juga berfungsi sebagai khidmat kenderaan sewa privet untuk rakyat Singapura".


Setakat sehingga September 2023, jumlah kereta sewa privet adalah sekitar 78,000. Sekitar dua pertiga adalah dari syarikat-syarikat kereta sewa privet, manakala bakinya adalah kereta sewa privet pandu sendiri, termasuk bagi khidmat kongsi kereta.

Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita