Syarikat kereta sewa, kongsi kenderaan 'pening kepala' jelang tarikh akhir VEP pada 1 Okt
Kekeliruan sama ada Permit Masuk Kenderaan (VEP) diperlukan untuk memasuki Malaysia mulai Selasa (1 Okt) telah diperluaskan untuk merangkumi syarikat-syarikat kereta sewa privet.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kekeliruan sama ada Permit Masuk Kenderaan (VEP) diperlukan untuk memasuki Malaysia mulai Selasa (1 Okt) telah diperluaskan untuk merangkumi syarikat-syarikat kereta sewa privet.
Encik Darren Ang, pengurus penjualan MV Auto, berkata walaupun dia mula bertanya tentang VEP untuk 50 kereta sewanya pada Mei, dia tidak menerima maklum balas daripada pihak berkuasa Malaysia.
Dia kemudian meneruskan untuk memohon VEP bagi kenderaannya sebulan yang lalu, tetapi belum ada satu pun yang berjaya mendapatkan tag VEP.
Walaupun dia menjangkakan perniagaannya akan terjejas disebabkan oleh kelengahan itu, dia kemudian mendapat berita minggu lalu bahawa penguatkuasaan VEP akan ditangguhkan.
Pihak berkuasa Malaysia berkata pada Jumaat (27 Sep) bahawa kenderaan Singapura tanpa VEP masih boleh memasuki negara itu mulai 1 Okt. Para pemandu akan mendapat notis amaran sebelum mereka meninggalkan Malaysia.
Ini hanya menambahkan lagi kekeliruan.
“Berapa banyak amaran yang boleh diterima oleh seseorang? Jika saya masuk setiap dua hingga tiga hari, adakah saya akan mendapat amaran setiap kali? Bolehkah saya membiarkan (amaran) begitu sahaja? Tanpa pengesahan dan penjelasan, kami pasti bimbang,” kata Encik Ang.
Kekeliruan itu telah menyebabkan sekurang-kurangnya seorang pelanggan membatalkan tempahannya pada hujung minggu ini dan memilih pengangkutan alternatif untuk ke Malaysia, katanya.
Dia bimbang kerugiannya akan meningkat dalam masa beberapa minggu akan datang jika soalannya tidak terjawab, memandangkan 65 peratus pelanggannya menyewa kereta untuk perjalanan rentas sempadan.
FIRMA KONGSI KERETA MENGHADAPI KOMPLIKASI MENDAPATKAN VEP
Kekeliruan dan kekecewaan amat ketara bagi firma-firma kongsi kereta, yang kenderaannya dimiliki oleh pihak pemilik kereta dan bukannya syarikat, justeru merumitkan proses permohonan VEP.
Pengasas bersama Drive Lah, Dirk-Jan ter Horst berkata firmanya masih menunggu permohonan VEP daripada para pemilik kereta.
"Kami tidak boleh buat apa-apa kerana ia belum selesai dengan Malaysia (pihak berkuasa)," katanya.
Sementara itu, kereta Drive Lah tanpa tag VEP tidak boleh memasuki Malaysia. Pasukan Drive Lah berkata ia sedang bekerjasama dengan para pemilik untuk memastikan status kereta mereka boleh dikemas kini sebaik sahaja mereka berjaya mendapatkan tag VEP.
Beliau berkata kira-kira 40 peratus pelanggannya menyewa kereta untuk melancong ke Malaysia, tetapi mereka masih boleh menempah kereta Drive Lah yang sudah mempunyai tag VEP.
"Kami mengesyorkan kepada orang ramai supaya menyemak kereta yang tersedia dan membuat tempahan apabila mereka boleh berbuat demikian supaya mereka dapat melakukan perjalanan ke Malaysia," kata Encik ter Horst.
FIRMA KERETA LEBIH BESAR TIDAK TERJEJAS
Tetapi sebuah firma penyewaan kereta menyatakan ia diklasifikasikan sebagai entiti komersial dengan kenderaan komersial, yang mempunyai konsesi khas dan tidak perlu mengemukakan tag VEP fizikal lagi.
“Memandangkan peratusan besar penyewa dan pelanggan pergi ke Malaysia secara kerap, kami telah memulakan persediaan dan mendampingi pihak berkuasa yang relevan sejak pengumuman pertama,” kata Ketua Pegawai Operasi Lylo Chiam Soon Chian.
"Pasukan operasi kami akan memohon permit untuk kenderaan kami dengan mengambil kira garis masa 1 Okt."
Oleh itu, beliau berkata kenderaannya dijangka menepati sasaran untuk mendapatkan VEP.
Tetapi itu tidak bermakna bahawa semua kenderaan akan mempunyai tag VEP selewat-lewatnya 1 Okt. Beberapa kenderaan telah diluluskan VEP tetapi tagnya masih belum diterima.
Bagi kenderaan sebegini, ia akan disediakan dengan surat pengesahan, di mana para pemandu perlu menunjukkannya kepada pihak berkuasa Malaysia bersama-sama dengan kad log kereta dan insurans.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.