Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Syarikat kawalan serangga kini boleh dapat geran manfaatkan huraian teknologi

Syarikat-syarikat kawalan serangga kini boleh mendapatkan geran untuk memanfaatkan huraian teknologi di bawah Pelan Digital Industri Perkhidmatan Persekitaran.  

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat kawalan serangga kini boleh dapat geran manfaatkan huraian teknologi

Latar langit Singapura. (Gambar fail: AFP/Roslan RAHMAN)

Diterbitkan : 22 Apr 2021 07:34PM Dikemas Kini : 22 Apr 2021 07:37PM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat kawalan serangga kini boleh mendapatkan geran untuk memanfaatkan huraian teknologi di bawah Pelan Digital Industri Perkhidmatan Persekitaran.

Peta hala tuju yang turut merangkumi pengurusan sisa dan pembersihan itu, bermatlamat mempertingkat daya penghasilan dan kemahiran para pekerja dalam sektor-sektor ini.

Di bawah pelan yang dipertingkat, syarikat-syarikat kecil dan sederhana boleh mendapat sehingga 80 peratus kos pelaksanaan huraian seperti penggunaan robot.

Jumlah itu dihadkan kepada S$350,000 dan permohonan dibuka sehingga penghujung September.

Menteri Negara Kanan Kemampanan dan Sekitaran Amy Khor mengesa firma-firma supaya memanfaatkan sokongan seperti ini kerana ia akan memudahkan peralihan digital masing-masing.

Sejauh ini, lebih 1,500 permohonan geran sudah diluluskan.  

Sumber : CNA/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan