Skip to main content

Singapura

Syarikat katering Yunhaiyao didakwa di mahkamah berhubung kes keracunan makanan ByteDance

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat katering Yunhaiyao didakwa di mahkamah berhubung kes keracunan makanan ByteDance

Pegawai SCDF di luar pejabat ByteDance di One Raffles Quay pada 30 Julai 2024, selepas insiden keracunan makanan besar-besaran menyebabkan puluhan orang dihantar ke hospital. (Gambar fail: Pembaca CNA)

Diterbitkan : 04 Jun 2025 04:51PM Dikemas Kini : 04 Jun 2025 04:52PM
SINGAPURA: Salah satu daripada dua syarikat katering yang terlibat dalam kes keracunan makanan besar-besaran di ByteDance pada Julai lalu, telah didakwa di mahkamah pada Rabu (4 Jun).

Seramai 130 orang dilaporkan mengalami simptom gastroenteritis dan 57 dibawa ke hospital pada hari kejadian iaitu pada 30 Julai tahun lalu.

Pejabat ByteDance terletak di One Raffles Quay.

Syarikat katering Yunhaiyao dikenakan dua tuduhan di bawah Akta Kesihatan Awam Persekitaran (Kebersihan Makanan) dan Penjualan Makanan.

Yunhaiyao, yang terletak di Northpoint City, dilaporkan gagal memastikan premisnya bebas daripada serangan lipas.

Pada 31 Julai 2024, ketika melakukan persiapan makanan untuk dijual, premis Yunhaiyao dikatakan mempunyai lebih 10 ekor lipas hidup yang ditemui bawah tikar plastik berwarna kelabu yang diletakkan di belakang sebuah rak.

Sehari sebelumnya iaitu pada 30 Julai 2024, Yunhaiyao dipercayai menjual makanan yang tidak memenuhi mutu yang diminta oleh ByteDance.

Syarikat katering itu menjual "ayam goreng yang dipotong dadu" yang didapati mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

Syarikat itu telah menyatakan bahaa ia akan mengaku bersalah, dan sebutan kesnya akan diadakan pada 2 Julai.

Pihak pendakwa memohon denda bagi kedua-dua tuduhan.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita