Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Syarikat katering On & On Diners digantung operasi selepas 73 individu jatuh sakit

Syarikat katering On & On Diners diarah menggantung operasi mulai hari ini (23 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat katering On & On Diners digantung operasi selepas 73 individu jatuh sakit

Gambar: Facebook/On&On Diners

Diterbitkan : 23 Nov 2021 09:59PM Dikemas Kini : 23 Nov 2021 10:02PM

SINGAPURA: Syarikat katering On & On Diners diarah menggantung operasi mulai hari ini (23 Nov).

Ini selepas 73 individu jatuh sakit disebabkan gejala radang perut dan usus selepas makan makanan yang disiapkan syarikat katering itu antara 16 dengan 18 November, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dan Agensi Makanan Singapura (SFA) dalam satu kenyataan media.

Pihak berkuasa menyatakan pihaknya sedang menyiasat dua insiden radang perut dan usus sambil menambah tiada seorang pun daripada 73 orang itu yang dimasukkan ke hospital.

Operasi On & On Diners yang terletak di FoodXchange@Admiralty di 8A Admiralty Street akan digantung hingga diberitahu kelak.

Syarikat tersebut dikehendaki membersihkan dan membasmi kuman di premis berkenaan termasuk peralatan dan pinggan mangkuk serta membuang semua makanan siap dimakan dan barangan makanan yang tidak tahan lama, menurut MOH dan SFA.

"SFA mahu mengingatkan para penyedia makanan untuk mengamalkan kebersihan makanan dan peribadi pada setiap masa," menurut agensi itu.

"SFA tidak akan teragu-ragu untuk mengambil tindakan tegas ke atas sesiapa sahaja yang didapati melanggar Akta Kesihatan Awam Sekitaran."

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan