Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Syarikat jagaan kesihatan digital WhiteCoat buka rasmi ibu pejabat serantau di SG

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat jagaan kesihatan digital WhiteCoat buka rasmi ibu pejabat serantau di SG

Pengasas dan CEO WhiteCoat Bryan Koh dan Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee di upacara pembukaan rasmi Ibu Pejabat Serantau WhiteCoat pada 1 Feb 2023. (Photo: WhiteCoat)

SINGAPURA: Kumpulan jagaan kesihatan digital WhiteCoat membuka ibu pejabat serantaunya di Singapura secara rasmi pada Rabu (1 Feb).

Terletak di kawasan one-north, ibu pejabat seluas 8,000 kaki persegi itu akan "berkhidmat sebagai sebuah hab untuk memudahkan pendampingan pesakit dan menggalakkan kecelikan jagaan kesihatan dalam jagaan kesihatan di seluruh pasarannya," menurut kumpulan tersebut dalam satu kenyataan media.

Pusat serantau terbaru WhiteCoat juga akan "menerajui halatuju strategik kumpulan tersebut bagi menjana keburuntungan, mendorong pengembangan dan pembangunan produk dan teknologi," tambah kumpulan tersebut.

Langkah tersebut diambil sedang WhiteCoat merancang untuk menembusi pasaran lebih luas di rantau itu. WhiteCoat mula beroperasi pada hujung 2018 dan melancarkan khidmatnya baru-baru ini di Indonesia dan Vietnam.

Pengasas dan CEO WhiteCoat Bryan Koh berkata bahawa kumpulan tersebut berhasrat untuk membawa jenama buatan Singapura itu ke rantau ini, dengan para pengguna dijamin menerima khidmat akses jagaan kesihatan pada tahap premium yang serupa tidak kira di mana mereka berada di Asia Tenggara.

Beliau berkata: "WhiteCoat akan menjadi pasport jagaan kesihatan rantau ini, yang mana para pengguna, yang memiliki aplikasi kami, akan dapat berjumpa dengan doktor dan memperolehi akses kepada pelbagai khidmat jagaan yang bermutu pada bila-bila masa, dan di mana-mana saja."

Pada 2022, WhiteCoat menguruskan lebih 400,000 konsultasi dan penghantaran perubatan.

Ia kini beroperasi di Singapura, Indonesia dan Vietnam, dan bekerja rapat dengan rangkaiannya yang terdiri daripada lebih daripada 1,000 penyedia kesihatan dan kesejahteraan yang terdiri daripada para pengamal perubatan, para pakar, para karyawan penjagaan kesihatan bersekutu dan farmasi untuk menyediakan khidmat jagaan kesihatan digital kepada lebih 1.5 juta orang di rantau ini.

Kumpulan tersebut juga menyasarkan untuk menembusi pasaran baru di rantau ini, seperti Malaysia dan Thailand, dan akan mempertingkatkan lagi tawaran khidmatnya dengan menyediakan perkhidmatan penjagaan pakar dan kesihatan mental.

Ia juga akan mengadakan perkongsian di peringkat tempatan dan serantau dengan para pembiaya seperti syarikat-syarikat insurans dan syarikat-syarikat, serta penyedia penjagaan kesihatan, untuk "terus memacu peralihan digital dalam sektor jagaan kesihatan," nyata kumpulan tersebut.

Berucap di pembukaan rasmi ibu pejabat WhiteCoat pada Rabu, Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Integrasi Perkhidmatan Sosial berkata: "Sebagai syarikat teknologi yang berusia genap empat tahun, WhiteCoat merupakan contoh bagaimana syarikat-syarikat Singapura boleh memanfaatkan inovasi teknologi dan inisiatif pemerintah untuk kekal bertahan di tengah-tengah cabaran dalam dunia yang kian berubah."

Semasa pandemik COVID-19, huraian digital memainkan peranan dalam membenarkan warga Singapura untuk memperolehi akses kepada jagaan kesihatan dan membantu dalam meringankan beban klinik-klinik dan infrastruktur hospital.

Beliau menambah bahawa syarikat-syarikat seperti WhiteCoat - salah satu penyedia teleperubatan di bawah program pemulihan di rumah COVID-19 - adalah penting bagi usaha Singapura untuk melakukan penyesuaian dengan segera dalam menawarkan khidmat perubatan kepada warga Singapura dalam tempoh yang singkat.

Encik Lee juga menarik perhatian bahawa bahkan sebelum pandemik lagi, WhiteCoat merupakan salah satu perintis yang mengambil bahagian dalam Program Pelesenan Percubaan dan Penyesuaian (LEAP) Kementerian Kesihatan pada 2018, untuk menawarkan khidmat perubatan melalui telekomunikasi seperti teleperubatan.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan